Harian Metro: Arena |
Posted: 12 Mar 2012 10:37 AM PDT KECEDERAAN yang dialami pemain badminton nombor satu dunia dan negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berada pada tahap membimbangkan sehingga mampu menjejaskan persiapannya ke Sukan Olimpik London biarpun terpaksa menarik diri daripada meneruskan perlawanan akhir di Seluruh England, awal pagi semalam. Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau sudah menerima laporan daripada pegawai sains sukan negara dan fisioterapi yang berada di sana untuk memaklumkan keadaan semasa Chong Wei.
"Rawatan terhadap Chong Wei akan dilakukan secara berperingkat kerana tidak mahu dia berehat terlalu lama. Dia masih lagi boleh menjalani latihan kecergasan seperti melakukan pukulan ringan namun disarankan untuk tidak melakukan latihan yang memerlukan pergerakan yang lebih keras di bahagian bahunya seperti smash.
Pemain nombor satu dunia itu mengalami kecederaan di bahu kanan ketika menentang musuh tradisinya dari China, Lin Dan pada kedudukan 2-6. Walaupun agak terganggu dengan kesakitan di bahunya, Chong Wei tetap memberikan tentangan sengit sebelum memberi laluan kepada Lin Dan untuk memenangi set pertama 21-19.
"Mungkin semangat melawannya itu terlalu tinggi dan tidak mahu mengecewakan penonton yang hadir dia meneruskan perlawanan di set pertama. Kita dapat lihat semangat melawan Chong Wei cukup tinggi apabila memberi tentangan sengit," katanya. |
‘Masih belum selesa’ Posted: 12 Mar 2012 10:33 AM PDT DUA kemenangan berturut-turut yang dicatat oleh skuad hoki negara pada kempen kelayakan Sukan Olimpik di Dublin, Ireland sebenarnya masih belum cukup meletakkan mereka dalam kedudukan selesa untuk menjengah tiket ke aksi final. Apa tidaknya, ketika anak buah Tai Beng Hai cemerlang meraih kemenangan 5-1 ke atas Chile pada perlawanan pertama dan selepas itu membenam Russia 6-2, tuan rumah turut beraksi lebih cemerlang dengan mencatatkan kemenangan besar 6-1 ke atas Russia dan membelasah Ukraine 12-0 kelmarin untuk membolehkan mereka menduduki tempat teratas dengan kelebihan jaringan gol yang besar.
Bukan merendahkan keupayaan lawan yang menduduki ranking ke-29 dunia, namun tugas untuk membelasah Ukraine perlu disempurnakan kerana kemungkinan besar perebutan tiga penjuru antara skuad negara, Korea Selatan serta tuan rumah untuk memburu dua tiket ke final hanya akan ditentukan menerusi perbezaan jaringan gol.
"Mereka mempunyai corak permainan hampir sama dengan Russia dan kami perlu mematikan rentak lawan lebih awal. Apapun, tiga mata penuh mesti diraih dan saya harap kami tidak mengulangi lagi beberapa kesilapan pada dua perlawanan sebelum ini," katanya.
"Isu lambat panas kerana cuaca sejuk sebenarnya tidak timbul dalam pasukan kami kerana hampir kebanyakan pemain pernah beraksi dalam cuaca sejuk," katanya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan