Berita Harian: Sukan |
Chong Wei tampak tiada masalah Posted: 25 Apr 2012 02:42 PM PDT Sukan AKSI Chong Wei ketika menentang Hsueh Hsuan Yi pada Terbuka India di New Delhi, semalam. Chong Wei yang baru pulih dan menjadikan kejohanan Siri Super bernilai AS$200,000 (RM600,000) itu penampilan pertamanya, menang mudah 21-8 dalam set pertama ke atas pemain Taiwan, Hsueh Hsuan Yi, namun diberi tentangan sengit pada set kedua sebelum menang 21-19 dalam tempoh 34 minit. Kemenangan itu membolehkan Chong Wei yang juga juara bertahan, melebarkan rekod kemenangan 2-0 ke atas pemain ranking ke-33 dunia itu selepas menang pada pertemuan pertama di Terbuka Korea, Januari lalu. "Walaupun ini adalah perlawanan pertama selepas pulih, saya dapati dia tidak menghadapi masalah. Ini petanda baik tetapi dia tetap perlu berhati-hati dan tidak terlalu menekan diri hingga boleh menyebabkan kecederaannya berulang," kata jurulatih Chong Wei, Tey Seu Bock.Di pusingan kedua hari ini, jaguh 30 tahun itu akan menentang wakil tuan rumah, Ajay Jayaram yang bergelut sebelum menumpaskan rakan senegara, Sourabh Varma 21-15, 17-21, 21-11 dalam tempoh 55 minit. Berdasarkan rekod tiga pertemuan sebelum ini yang dimenangi Chong Wei termasuk terbaru di pusingan kelayakan Piala Thomas di Macau Februari lalu, pemain nombor satu dunia itu dijangka tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan pemain ranking ke-27 itu. Hafiz Hashim turut mengiringi Chong Wei ke pusingan kedua, tetapi pemain profesional KLRC itu terpaksa berhempas pulas selama sejam dua minit sebelum menundukkan pemain Jepun, Kazushi Yamada 26-24, 14-21, 21-13. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenAckub Tahniah, datuk Chhong Wei. teruskan perjuangan anda dgn penuh semangat sehingga bergelar juara sekali lagi. Saya sentiasa memberi sokongan padu terhadap atlet2 negara.
Esmael ok tu dah nampak percapaian yg positif dah untuk ke lain lain kejohanan. pak cik din Okeylaa tu lwn org tak kuat. Temu L.Dan nanti entah sakit apa pula bila ketinggalan. |
Posted: 25 Apr 2012 02:40 PM PDT Sukan KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City mengesahkan kehadiran buat pertama kali ke Malaysia untuk aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 30 Julai depan.City adalah kelab EPL kedua memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi jelajah pra-musim 2012/13 selepas Arsenal mengesahkan pertemuan persahabatan dengan Harimau Malaya pada 24 Julai, juga di gelanggang sama. Namun Rajagobal tidak berhasrat menyelitkan beberapa pemain import yang menyinar dalam liga tempatan seperti Francis Forkey Doe (Terengganu), Mohammad Ghaddar (Kelantan), Effa Owona (Negeri Sembilan), Patrick Ronaldinho Wleh (Sime Darby) mahupun dua import Selangor, Bosko Balaban dan Ramez Dayoub bagi dua pertemuan itu. "Saya fikir, lebih baik kita gunakan 100 peratus pemain tempatan. Ini peluang untuk mereka. Kita kena lebih yakin dengan pemain kita sendiri. Mereka inilah yang akan memikul tanggungjawab negara."Untuk aksi persahabatan pada Jun (bertemu Filipina dan Singapura) serta Julai (Arsenal dan City), saya akan dapat kumpul pemain terbaik kerana tiada gangguan Piala FA atau Piala AFC ketika itu," kata Rajagobal selepas sidang media pengumuman jelajah City itu di Seri Kembangan, semalam. Ditanya faedah perlawanan menentang dua kelab handalan England itu, Rajagobal berkata: "Daripada kita tiada perlawanan pada bulan Ramadan, saya kira ini kesempatan terbaik untuk pemain belajar satu dua perkara daripada pemain bertaraf dunia. Kita kena berfikiran positif." Sementara itu, Ketua Pegawai Penjenamaan & Komersial City, Ian Cafferky berjanji skuad kendalian Roberto Mancini akan hadir dengan barisan pemain utamanya sambil sedar penyokong mereka di Malaysia tidaklah seramai penyokong Manchester United, Arsenal, Chelsea atau Liverpool.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan