Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Rosman ganti Rexy

Posted:

Rosman ganti Rexy

Rosman ganti Rexy

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my

ROSMAN dilantik ketua jurulatih beregu wanita yang baru berkuat kuasa 1 Mei ini.


KEKOSONGAN yang ditinggalkan Rexy Mainaky selaku ketua jurulatih beregu wanita kini sudah ada pengganti.

Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai mengumumkan, Rosman Abdul Razak akan menjadi ketua jurulatih beregu wanita yang baharu berkuat kuasa 1 Mei ini.

Chin Chai berkata, berdasarkan penilaian yang dibuat pihaknya, Rosman yang sebelum ini menggalas tugas selaku jurulatih beregu lelaki merupakan calon yang paling layak.

"Kami (BAM) membuat keputusan ini berdasarkan hasil kerjanya yang baik sebelum ini.

"Selain itu, kami juga melihat dari aspek senioriti dan mendapatkan maklum balas daripada pemain," kata Chin Chai ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat C&T di Stadium Juara Bukit Kiara semalam.

Bagaimanapun, Chin Chai menjelaskan pengumuman rasmi berhubung pelantikan tersebut hanya akan dibuat oleh Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh pada mesyuarat Exco badan induk badminton negara itu hari ini.

Pada 12 April lalu, Rexy mengejutkan peminat-peminat sukan badminton tanah air apabila mengumumkan bahawa beliau telah meletak jawatan selaku ketua jurulatih beregu wanita pada pertengahan bulan lalu.

Keputusan itu diterima sepenuhnya oleh BAM meskipun sedar bahawa jurulatih kelahiran Indonesia itu telah banyak menyumbang kejayaan terhadap sukan badminton negara selepas tujuh tahun bersama badan induk tersebut.

Ia termasuk menjadi individu yang bertanggungjawab meletakkan beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bergelar beregu No. 1 dunia pada 2010.

Justeru mahu atau tidak, BAM perlu segera mencari pengganti kepada Rexy dan Rosman menjadi pilihan badan induk itu.

Rosman akan memikul tanggungjawab besar dengan tugas baharunya itu kerana satu pasangan beregu wanita negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui berada pada landasan tepat untuk beraksi pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London Julai depan.

Dalam perkembangan lain, Chin Chai turut mengumumkan bahawa BAM telah memilih Dongguan, China sebagai tempat latihan pusat buat skuad negara menjelang pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas 2012 di Wuhan yang bermula 20 hingga 27 Mei depan.

Jelas Chin Chai yang juga merupakan Setiausaha Kehormat BAM, latihan pusat tersebut akan diadakan bermula dari 13 hingga 18 Mei depan.

V Shem-Khim Wah cemerlang

Posted:

V Shem-Khim Wah cemerlang

V Shem-Khim Wah cemerlang


KHIM WAH (kiri) dan V Shem mencipta kejutan apabila mara ke peringkat suku akhir Terbuka India semalam.


BEREGU muda lelaki negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah cemerlang apabila mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka India 2012.

Kejayaan itu hadir selepas V Shem-Khim Wah mencipta kejutan menewaskan beregu pilihan keempat dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Bona Septano 13-21, 21-19 21-18 pada aksi pusingan kedua kejohanan yang berlangsung di New Delhi semalam.

Terdahulu, beregu utama lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong hanya selangkah sahaja lagi untuk mencapai sasaran yang diletakkan ke atas bahu mereka pada kejohanan kali ini apabila mara ke peringkat suku akhir.

Kien Keat-Boon Heong tampil rentak konsisten apabila mengetepikan cabaran pasangan Jepun, Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa 21-18, 21-18 pada aksi pu- singan kedua semalam.

Beregu emas negara itu berpeluang untuk membalas dendam ke atas pasangan Indonesia, Angga Pratama-Ryan Agung Saputra yang menewaskan mereka pada Piala Axiata bulan lalu apabila dijadualkan bertemu dalam aksi suku akhir hari ini.

Sementara itu, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa bermandi peluh sebelum mara ke suku akhir.

Tampil selaku pemain pilihan pertama kejohanan, Chong Wei dipaksa bekerja keras oleh Ajay Jayaram dari India sebelum mencatatkan kemenangan 21-15, 17-21, 21-11 semalam.

Turut mengesahkan slot ke suku akhir ialah beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang menewaskan Noriyasu Hirata-Miyuki Maeda dari Jepun 21-16, 21-13.

Dua lagi pemain perseorangan negara, Muhammad Hafiz Hashim dan Chong Wei Feng gagal dalam misi ke peringkat suku akhir selepas tewas kepada lawan masing-masing pada pusingan kedua.

Seperti diramal, Hafiz ternyata sukar untuk menandingi bintang China, Chen Jin apabila tewas 18-21, 15-21.

Wei Feng pula gagal menyekat kemaraan pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus apabila tewas 13-21, 21-8, 12-21.

Hadiah buat penyokong setia

Posted:

Hadiah buat penyokong setia

Hadiah buat penyokong setia

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my


DOE (kiri) meledak hatrik pada aksi menentang kelab Vietnam dalam saingan Piala AFC di Kuala Terengganu semalam.


TERENGGANU tampil menyahut cabaran untuk membuktikan bahawa mereka memiliki kekuatan yang harus dihormati lawan.

Kelmarin, skuad bimbingan Mat Zan Mat Aris itu berpesta gol ketika menewaskan kelab Vietnam, Song Lam Nghe An 6-2 pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Lebih membanggakan, kemenangan besar itu turut menutup mulut pengkritik, termasuk segelintir penyokong yang sebelum ini lantang mempersoal- kan kredibiliti Sang Penyu.

Justeru, kejayaan meraih tiga mata penuh disusuli kemaraan ke pusingan kedua Piala AFC daripada Kumpulan F, dianggap sebagai hadiah terbaik buat para penyokong setia Terengganu yang sentiasa berdiri teguh di bela- kang pasukan itu.

Bagi Mat Zan, beliau mengakui sedi- kit tertekan dengan gelombang kema- rahan yang dicetuskan segelintir penyokong, namun tetap dengan pendi- rian untuk membawa pasukan itu ke puncak kegemilangan.

"Apa yang saya difahamkan, ada kumpulan penyokong yang memboikot perlawanan malam ini (kelmarin) dengan berkumpul di luar stadium.

"Tindakan mereka ini mungkin sebagai tanda protes terhadap prestasi pasukan tetapi para pemain telah membuktikan yang mereka mampu tampil hebat untuk mencatat kemena- ngan besar.

"Jadi, saya perlu memberi kredit ke- pada para pemain yang telah menebus kekecewaan kami dengan kejayaan mara ke pusingan kedua," jelas Mat Zan kepada Kosmo! semalam.

Mengulas mengenai perlawanan kelmarin, Mat Zan turut memuji taktikal pasukannya yang banyak mencipta ruang sehingga memudahkan pemain serangan menjaringkan gol.

"Kita boleh kawal bahagian tengah dan buat hantaran-hantaran pendek yang banyak menyumbang kepada jaringan," jelasnya.

Pada perlawanan Kumpulan F itu, penyerang sensasi Terengganu, Francis Forkey Doe muncul wira pasukan apabila meledak hatrik, manakala tiga lagi gol masing-masing disumbangkan Ashaari Shamsudin, Abdul Hadi Yahya dan Joseph Kalang Tie.

Dengan kemenangan itu, Terengga- nu kini menduduki tangga kedua Kumpulan F dengan sembilan mata, ketinggalan satu mata di belakang Kit- chee ketika saingan masih berbaki satu perlawanan.

Song Lam pula kekal di tangga tercorot dengan empat mata, manakala Tampines Rovers di tangga ketiga dengan lima mata.

Dua pasukan teratas setiap kumpu- lan layak ke pusingan kedua.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan