Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Adik, tolong!

Posted: 10 May 2012 12:31 PM PDT

SEPERTI terdesak, tonggak Manchester United, Rio Ferdinand menelefon adiknya, Anton minta bantuan Queens Park Rangers menumbangkan pendahulu liga, Manchester City, Ahad ini.

"Jika kami menang, United dan Rio akan memenangi mahkota kejuaraan dan sudah tentu saya gembira untuknya," kata Anton, semalam.

Andai 'bantuan' itu terlaksana United akan muncul juara dengan syarat anak didik Alex Ferguson menewaskan Sunderland di gelanggang lawan pada hari sama.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

addy


bagi can sama mc lah

addy

klu qpr menang pun lgi bagus.kan pemilik qpr tu org malaysia.pa macam.

bagi can sama mc lah

addy

lah klu qpr menang pun lg

bagi can sama mc lah

adiq

KALAU NAK KALAH TU MAN,UTD JGNLAH MINTA SAMPAI TOLONG ADIK...TAK MALU KE PENYOKONG MAN UTD..MINTA TOLONG ADIK...KAH....
MAN CITY PESTI MENAG PUNYA,....SBB MAIN BAGUS.BUKANYA MACAM MAN UTD,MINTA SEMPATI PENALTI...BALAKON KUAT...TULAH SELALU KALAH BELAKON KUAT..TAI KO YOUNG....BINGGONG PUNYA ORG

bost

menang kalah adat permainan.. mu terima je la kenyataan nati...

Jai

Apa lah. MANU menang atau MANC menang, tetap MANU menang. Manu hny maintain pemain yg biasa2 jer, tak belanja giler2 beli pemain mcm MANC. Result dia, hny dgn pemain biasa, MANU boleh berada sama point ngan MANC, kira power la tuh... No 2 pun dpt gak duit ganjaran beratus2 million pound berbanding no 3 ke bawah :-) Apa2 pun, yg penting dua2 Manchester kat atas liga.

Syafiq

No chance. MC Akan menang punya.

MUHAMAD KADAFI

MU BYAK MENANG SBB NSIB JE...PENGADIL SLU SBLAHI MU

kotak

MU dapat kingcup tahun ni hahahahaha MU 0- 1 SUN

wawa jb

hahaha,kesian kat MU sampai minta simpati dari pasukan lain untuk tewaskan Man City,tak bermoral langsung...aritu dah kalah 2 kali dengan Man City(6-1/1-0),jadi siapa wajar digelar juara sebenar???

coure_84@yahoo.com.my

memang kcian kat MC..sda 4 juta tahun mengidam kejuaran tp tak kesampaian..hhuhu...jan kasi can...biar MC tggu 6 juta tahun lg..kuang300000000000000x....

tito ninja

desperado punye menyu!!!

tarmimi

selamat tinggal MU.. MC is the best

nazandiy

kesiannya MU kempunan dpt piala lah tahun ni..nak minta simpati pula..apa hal ni beb..

CUCU FERGUSON

RILEKS LA...MAN.U XKAN KALAH PUNYA..COZ MY DATO FERGUSON OWES ON THE TOP...HAHAHA CAIYO MU CAIYO

luqman

MU dan penyokongmu akan gigit jari mcm AF makan gula getah hahahahah bye bye MU jangan marah.......

Halim Muhd

mendela...pskn yg diktekan hebat..tp minta belas ksihan pskn bwhn liga..malu3....huhuhu

pert

bagi can ngan MC menang tahun ni..ha300x

pert

bagi can ngan MC menang tahun ni..ha300x

Roti Planta

Jangan bimbang MU, pengadil akan bantu kamu... apa yang kamu perlu lakukan adalah dive/rebah dalam kotak penalti... pasti pengadil akan bagi penalti

haha

hahaha,,ape la MUnyet,,ferguson pon mnx belas QPR nak kalahkan city,,hri tu dah la main tipu smpai pmen QPR kene kad merah,,tp skrg mnx simpati plak,,x power buat care x power,,hahaha

Que Miyaichi

hahaha..mintak slow talk adik nak jadi juara liga...terdesak bawu nk contact..2 la dia...

Diga Gamindal

MU...bagi canlah sama MC ni kali...kesian mereka...dipenuhi pemain bertaraf dunia namun niat masih belumkesampaianjugak....apa2 pun bermainlah kamu baik2 ya...

Shahrul ungguli peringkat tiga

Posted: 10 May 2012 12:28 PM PDT

Sukan

  SHAHRUL menuju garis penamat peringkat tiga Jelajah Malaysia di Felda Chuping,  semalam.

SHAHRUL menuju garis penamat peringkat tiga Jelajah Malaysia di Felda Chuping, semalam.

STRATEGI pemecahan awal memberi peluang buat pelumba tempatan, Mohd Shahrul Mat Amin daripada Terengganu Cycling Team (TSG) merampas kejuaraan peringkat tiga dari Kulim ke Felda Chuping yang meliputi perlumbaan sejauh 168.8 kilometer.

Pelumba berusia 23 tahun itu melakukan pemecahan bersama pelumba Pasukan Pembangunan Malaysia, Adiq Hussainie Othman pada kilometer 25, sebelum pelumba Polygon Sweet Nice, Dani Lesmana bergabung selepas zon pecutan dua di Guar Chempedak (km 78.6).

Ketiga-tiga mereka terus menjarakkan diri sehingga suatu ketika berada enam minit di depan kelompok besar namun Shahrul mempamerkan kayuhan bertenaga untuk tiba dulu di garisan penamat dengan merakamkan 4 jam 23 minit 36 saat di depan Dani di tempat kedua dengan catatan masa yang sama. Adiq pula di tempat ketiga dengan perbezaan masa 21 saat. "Sebelum peringkat hari ini lagi, pasukan kami sudah merancang untuk melakukan serangan namun ketika itu masih belum pasti berapa orang. Namun saya terlepas dua orang (bersama Adiq) dan kami terus ke depan sehingga penamat," kata Shahrul yang pernah menjuarai peringkat pertama Jelajah Malaysia 2010.

Adiq yang masih menyarung jersi putih selaku pelumba terbaik tempatan, menyapu bersih kesemua 24 mata daripada tiga zon pecutan untuk dinobatkan sebagai raja pecut buat kali ketiga biarpun sebelum ini tidak meletakkan sasaran untuk terus mengumpul mata.

"Matlamat saya hanya merapatkan masa dengan pendahulu keseluruhan (jersi kuning) dan menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik," kata Adiq yang kini menduduki tempat keenam keseluruhan dengan perbezaan masa 1 minit 42 saat di belakang pendahulu, Yusup Abrekov daripada pasukan Uzbekistan Suren.

HARI INI: Peringkat 4 Kangar ke Sungai Petani (115.6km)

KEPUTUSAN: Peringkat 3
(Kulim-Felda Chuping (168.8km)

1 Mohd Shahrul Mat Amin (MAS) Terengganu Cycling Team 4 jam 23 minit 36 saat
2 Dani Lesmana (INA) Polygon Sweet Nice 4:23.36s
3 Adiq Hussainie Othman (MAS) 4:23.57s
4 Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 4:23.34s
5 Kazuhiro Mori (JPN) Aisan Racing Team 4:23.34s

  • Individu keseluruhan
    1 Yusup Abrekov (Uzbekistan Suren Team) 13 jam 24 minit 10 saat
    2 Jai Crawford (RTS Racing Team) +21s
    3 Yasuharu Nakajima (Aisan Racing Team) +23s
  • Raja Pecut
    1 Adiq Hussainie Othman (Pasukan Pembangunan Kebangsaan) 56 mata
    2 Kazuhiro Mori (Aisan Racing Team) 38
    3 Yusup Abrekov (Uzbekistan Suren Team) 25
  • Pelumba terbaik Malaysia
    1 Adiq Hussainie Othman (Pasukan Pembangunan Malaysia) 13 jam 25 minit 52 saat
    2 Muhammad Zulhimie Afif Ahmad Zamri (Terengganu) +1:56s
    3 Mohammad Salahuddin Mat Saman (Polis Diraja Malaysia) +11:30s.
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Ulasan