Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Shahrul buktikan

Posted:

Shahrul buktikan

Shahrul buktikan

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril.abdullah@kosmo.com.my

SHAHRUL menguasai saingan peringkat ketiga dari Kulim ke Felda Chuping semalam.


SAINGAN hari ketiga Kejohanan Berbasi- kal Jelajah 1Malaysia (J1M) 2012 akhirnya menyerlahkan kemampuan sebenar pelumba negara apabila Mohd. Shahrul Mat Amin daripada pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) berjaya menjuarai perlumbaan dari Kulim ke Felda Chuping itu dengan catatan masa 4 jam 23 minit dan 36 saat petang semalam.

Selepas tiada pelumba Malaysia yang menaiki podium dalam dua peringkat perlumbaan sebelum ini, Mohd. Shahrul, 23, akhirnya tampil menamatkan badi tersebut dengan mengungguli saingan sejauh 168.8 kilometer itu dengan diikuti pelumba Poly- gon Sweet Nice dari Indonesia, Dani Lesmana (kedua) dan Muhd. Adiq Husainie Othman daripada pasukan Bawah 23 Malaysia (ketiga).

Peringkat ketiga semalam turut menyaksikan dominasi beberapa lagi pelumba negara, termasuk gandingan dua beradik daripada TSG, Mohd. Harrif dan Mohd. Zamri Salleh yang masing-masing menduduki tempat keempat dan keenam.

Mohd. Nor Ridzuan Zainal daripada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di tempat ke-10 dan pelumba pasukan Kedah, Khairul Azhar ke-15.

Kejayaan Mohd. Shahrul yang mengekori Adiq selepas breakaway (pemisahan) pada 28km pertama semalam juga merupakan kemenangan kedua pelumba kelahiran Marang, Terengganu itu sejak kali terakhir mengecapinya pada JM 2010 di Lumut.

"Memang sasaran saya pada J1M kali ini ialah untuk memenangi peringkat perlumbaan dan syukur kepada Tuhan kerana saya berjaya merealisasikannya pada hari ini (semalam).

"Perlumbaan hari ini agak mencabar sebab ada banyak bukit yang perlu diharungi tetapi selepas saya melihat Adiq melakukan breakaway selepas 28km awal, saya cuba mengekorinya bersama pelumba Indonesia (Dani).

"Entah bagaimana kami bertiga berjaya 'terlepas' daripada peloton lain yang mengejar kami di belakang dan jarak kami pula semakin lama semakin jauh dengan mereka sehinggalah pada 500m terakhir hanya ting- gal saya, Adiq dan pelumba Indonesia tersebut," jelas Mohd. Shahrul semalam.

Sementara itu, Adiq yang menjadi calon pilihan ke Sukan Olimpik 2012 London Julai depan, sekali lagi berjaya mempertahankan dua jersi yang dimenanginya sejak awal perlumbaan iaitu Jersi Hijau Raja Pecut de- ngan 56 mata serta Jersi Putih sebagai pelumba terbaik Malaysia.

Jersi Kuning selaku pendahulu keseluru- han pula masih kekal menjadi milik pelumba pasukan Uzbekistan Suren, Yusup Abrekov yang turut menyarung Jersi Biru selaku pelumba terbaik Asia.

Jersi Merah Raja Bukit kekal menjadi milik Dadi Suryadi daripada pasukan Putra Perjuangan dari Indonesia.

Perlumbaan peringkat keempat akan bermula dari Kangar ke Sungai Petani, Kedah hari ini.

'Kita utamakan kualiti'

Posted:

'Kita utamakan kualiti'

'Kita utamakan kualiti'

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my


AHMAD SHABERY (kanan) bersama-sama Chong Wei (tengah) dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong ketika melancarkan kempen Road to London 100Plus di Kuala Lumpur semalam.


"KITA lebih mementingkan aspek kualiti berbanding kuantiti."
Demikian tegas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengenai jumlah penyertaan atlet Malaysia yang akan bertanding pada Sukan Olimpik London 2012 lebih kecil berbanding ketika temasya 2008 di Beijing.

Meskipun kecil, Ahmad Shabery menyifatkan atlet negara yang bertanding pada bulan Julai nanti adalah antara yang terbaik, bukan sahaja di Malaysia, malah di dunia.

Berbanding 33 atlet ketika bertanding di Beijing 2008, Sukan Olimpik 2012 menyaksikan Malaysia menghantar 27 atlet.

Daripada jumlah itu, tujuh jenis sukan berjaya menempah tiket secara merit untuk beraksi pada Sukan Olimpik di London, Julai depan.

"Biarpun jumlah penyertaan terkini adalah 26 atlet, apa yang penting ialah kualiti yang ditonjolkan oleh mereka yang bertanding nanti.

"Bukan itu sahaja, peluang mereka untuk meraih emas lebih besar tanpa mengharap kepada badminton sematamata," katanya selepas melancarkan kempen Road to London 100Plus dan Majlis Sukan Negara (MSN) Untuk Menyokong Pasukan Malaysia 2012.

Sehingga kini, badminton (enam), memanah (empat), berbasikal trek (tiga), berbasikal lebuh raya (dua) dan masing-masing seorang bagi acara menembak, lawan pedang dan angkat berat sudah disahkan tiket penyertaan mereka.

"Kita menyandarkan harapan kepada atlet akuatik- renang untuk menambah jumlah penyertaan kita.

"Kita berharap, keputusan untuk bertanding di bawah tiket kategori B yang akan disahkan oleh Persekutuan Akuatik Antarabangsa (Fina) akan menyebelahi kita," katanya.

Di samping itu, tidak timbul kegusaran dari aspek jumlah penyertaan kerana Malaysia mempunyai kelebihan dari segi usia bagi menyumbang pingat emas pertama negara, terutamanya pada Sukan Olimpik 2016.

"Atlet seperti Pandelela dan Azizulhasni masih mempunyai masa untuk menyumbangkan emas kepada negara atas faktor usia.

"Namun, sekiranya mereka mampu meraih emas pertama negara, ia satu bonus. Sekiranya tidak, ia akan dianggap sebagai pendedahan terbaik yang diperoleh mereka," kata Ahmad Shabery.

"Umpamanya, Azizulhasni. Jika prestasinya baik pada Sukan Olimpik kali ini, dia mampu meraih kejayaan."

Pro Qatto produk terbaharu Figos

Posted:

Pro Qatto produk terbaharu Figos

Pro Qatto produk terbaharu Figos

Oleh MOHD. IKHSAN
FIRDAUS AZMI
ikhsan.azmi@kosmo.com.my


LOUIS (kanan) menunjukkan produk terbaharu Figos yang akan berada di pasaran Jun depan.


SUKAN futsal memerlukan setiap pemain bergerak dengan pantas, lasak serta melakukan kawalan dan hantaran bola yang tepat agar mampu tampil hebat pada setiap kejohanan.

Bagi memastikan pemain beraksi dengan lebih bertenaga di gelanggang futsal, Figos Sdn. Bhd. (Figos) selaku pengeluar barangan sukan melancarkan kasut futsal Pro Qatto yang akan berada di pasaran pada Jun depan.

Pengurus pemasarannya, Louis Fun Chen Wai berkata, produk terbaharu ini direka khas bagi membolehkan setiap pemain beraksi dengan lebih selesa ketika menghadapi pasukan lawan.

"Figos sangat memberi penekanan terhadap keselesaan, keselamatan pemain dan mengeluarkan produk yang sesuai untuk kegunaan prestasi tinggi agar dapat membantu melancarkan gaya permainan sama ada ketika beraksi di gelanggang lembut atau keras.

"Bahan yang digunakan pada kasut Pro Qatto juga sangat berkualiti supaya keselesaan dapat dikekalkan dalam satu perlawanan atau kejohanan yang panjang," katanya ketika ditemui Kosmo! pada sesi pengenalan produk terbaharu itu di Taman Permata, Kuala Lumpur semalam.

Menurut Louis, bahan yang digunakan untuk membuat tapak Pro Qatto ialah getah yang berkualiti tinggi dan dilengkapi dengan lapisan dalaman lembut dan tebal untuk melin- dungi kaki agar pergerakan pemain lebih selesa dan sempurna.

Selain itu, Figos juga akan memasarkan bola futsal Brazil Gold Class, pakaian dalaman sukan, Long Dry Fit Skin Fit dan jersi, FJC 317.

Louis berkata, produk- produk baharu itu merupakan inovasi terkini Figos sebagai satu pilihan barangan sukan terbaik untuk para atlet mengekalkan prestasi sepanjang perlawanan.

Ujarnya, pakaian Long Dry Fit Skin Fit boleh diperoleh pada harga RM55.90, manakala bola Brazil Gold Class pula berharga RM59.90.

FJC 317 pula ditawarkan pada harga RM39.30 sehelai dengan enam warna pilihan.

Ia merupakan jersi yang diperbuat daripada bahan campuran kain jenis 'dry fit' dan polister yang lebih ringan dan selesa daripada baju yang menggunakan seratus peratus kain 'dry fit'.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen