Harian Metro: Arena |
Posted: 27 Aug 2012 10:44 AM PDT BEKAS pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei bakal mengikut jejak langkah Lin Dan yang akan melangsungkan perkahwinan selepas merancang menamatkan zaman bujangnya tahun depan. Pemain yang kini berada di ranking kedua dunia bakal mengahwini bekas ratu badminton negara Wong Mew Choo, meskipun pernah berpisah.
"Mungkin saya akan berhenti bermain tahun depan kerana tiada kejohanan besar dan mahu merancang perkahwinan. Saya tidak lagi muda seperti dulu," kata Chong Wei.
Artikel ini disiarkan pada : 28/08/2012 |
Posted: 27 Aug 2012 10:41 AM PDT JURULATIH Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan menolak andaian beliau memiliki kelebihan untuk mengatasi pasukan yang dibentuknya sebelum ini, Kelantan apabila mereka bertemu dalam perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia malam ini. Jurulatih berusia 54 tahun itu dianggap individu penting dalam pembentukan pasukan Kelantan bermula pada 2009 dan setahun kemudian menuai hasil membawa pulang Piala Malaysia buat kali pertama ke Kota Bharu.
Hampir semua pemain utama Kelantan ketika di bawah kendaliannya kini masih beraksi dan beliau sudah pasti tahu mengenai rahsia kekuatan dan kelemahan pasukan juara Liga Super itu apabila membuat perhitungan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
"Pasukan saya akan bertemu gergasi bola sepak Malaysia Kelantan yang saya bentuk pada 2010. Mereka ini mempunyai keserasian yang baik sedangkan pasukan saya masih 'muda'. Kami menghormati mereka tapi kami tidak takut.
Artikel ini disiarkan pada : 28/08/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan