Berita Harian: Sukan |
Posted: 23 Oct 2012 08:01 PM PDT Tiga mata lagi mampu realisasi sasaran: Kim Swee Singapura: Harimau Muda A memerlukan kemenangan ke atas Geylang United pada aksi ke-22 Liga Singapura di Stadium Yishun, Singapura, malam ini bagi mengesahkan tempat di kelompok lima teratas ketika saingan musim ini berbaki tiga perlawanan. Biarpun masih segar dengan kejayaan menjuarai kejohanan jemputan B-21 Thanh Nien, Piala Newspaper 2012 di Gia Lai, Vietnam, Ahad lalu, Harimau Muda A sedikit pincang apabila bakal turun tanpa penyerang utama, Ahmad Hazwan Bakri yang digantung satu perlawanan.Namun, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee (kiri) sedikit lega apabila dapat menyenaraikan semula Mahali Jasuli, Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang mendapat pelepasan seketika daripada kem pusat skuad kebangsaan selain Izuan Salahuddin dan Syahid Zaidon. "Cuma Fadhli Shas tidak dapat bersama kerana demam. Apa pun daripada 18 pemain yang ada ini, saya hanya boleh turunkan 13 pemain cergas kerana A Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim, Syazwan Tajudin dan Fandi Othman masih cedera manakala Hazwan digantung. "Kami tetap berusaha mengutip tiga mata penuh bagi menepati sasaran awal menduduki lima teratas. Jika berjaya, kami akan cuba dalam baki dua perlawanan berikutnya untuk dapat kedudukan lebih baik, tiga teratas kalau boleh," kata Kim Swee. |
Ashaari pula mahu tinggalkan Terengganu Posted: 23 Oct 2012 01:19 PM PDT Kuala Terengganu: Selepas kapten Terengganu, Marzuki Yusof mahu meninggalkan skuad Penyu, seorang lagi tonggak penting pasukan itu, Mohd Ashaari Shamsuddin juga dikhabarkan ingin mengikut jejak untuk beralih angin musim depan. Bagaimanapun, menurut sumber yang dipercayai, penyerang berusia 27 tahun itu yang dikenali sebagai 'Saha' juga senasib dengan Marzuki apabila masih mempunyai baki setahun kontrak bersama Penyu. "Pemain ini dikatakan mahu berhijrah untuk menyertai pasukan berstatus kelab T-Team bagi kancah musim depan."Persetujuan sudah dicapai, cuma kontrak belum ditandatangani," kata sumber yang ditemui di Kuala Terengganu. Sementara itu, Saha yang dihubungi BH Sukan mengakui ada menerima tawaran daripada pasukan 'adik' itu, namun belum membuat keputusan. "Niat untuk berhijrah itu ada kerana saya sendiri sudah lama beraksi dengan Terengganu... nak juga beralih angin tetapi perkara ini masih dalam perbincangan lagi. "Lagi pun, saya masih lagi terikat dengan Terengganu dan rasa sayang pada pasukan Penyu masih tebal, jadi keputusan masih belum dimuktamadkan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan