Harian Metro: Arena |
Safiq tekad tolak pelawaan Arema Posted: 23 Oct 2012 02:36 PM PDT "KEPIMPINAN menerusi teladan". Semangat itu yang dipamerkan kapten skuad negara, Mohd Safiq Rahim yang bertekad menolak pelawaan kelab Indonesia, Arema-Pelita yang mahukannya menjalani ujian pemilihan. Baginya kem latihan skuad negara yang berada dalam fasa akhir untuk menghadapi tugasan getir mempertahankan Piala AFF lebih penting walaupun pelawaan kelab Indonesia itu dianggap peluang keemasan dalam mengembangkan karier dan cita-citanya untuk beraksi di luar negara selama ini.
Katanya, surat kelab terbabit memintanya untuk menghadiri diri bagi menjalani ujian pemilihan pada Jumaat hingga Ahad ini dengan satu perlawanan persahabatan turut diatur.
Difahamkan skuad Arema-Pelita kendalian bekas jurulatih skuad bawah 23 tahun Indonesia, Rahmad Darmawan merancang untuk menguji beberapa pemain termasuk Safiq dalam perlawanan persahabatan menentang Gresik United pada Ahad.
Kelab yang dilaporkan akan bergabung itu turut mempunyai empat pemain asing yang lain seperti Thierry Gathuesi (Cameroon), Alberto Beto Gonalves Da Costa (Brazil), Keith Jerome Kayamba Gumbs (St. Kitts and Nevis) serta jutawan pertama bola sepak negara, Mohd Safee Sali yang kini turut berada dalam kem latihan negara di bawah kendalian Datuk K Rajagobal. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/24 |
Posted: 23 Oct 2012 02:33 PM PDT PASUKAN Taman Melaka Baru muncul juara Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia Parlimen Bukit Katil, Melaka di Taman Merak Mas, Melaka baru-baru ini. Skuad terbabit cemerlang selepas menang 1-0 ke atas Mohamas FC bagi membolehkan juara meraih RM1,000 dan naib juara (RM700) manakala tempat ketiga dan keempat milik Taman Tasek Utama (RM500) dan Melaka Baru B (RM300).
Timbalan Pengerusi Kejohanan, Razak Abu Hasan berkata, bagi saingan bawah 15 menyaksikan pasukan Taman Jati muncul juara selepas mengatasi Bachanglona AFM 2-1 di pentas final untuk masing-masing meraih RM400 dan RM300.
Taman RB FC pula muncul juara kategori wanita selepas menang ke atas Marble FC manakala Dream Team ketiga dan Bachanglona keempat dengan masing-masing meraih RM500, RM300, RM200 dan RM100.
Katanya, sambutan penyertaan yang amat mengalakkan jelas mengetengahkan bakat terpendam di kalangan pemain muda, wanita dan veteran parlimen terbabit. Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/24 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan