Berita Harian: Sukan |
Posted: 29 Oct 2012 03:05 PM PDT Kota Bharu: Pemain Terbaik Final Piala Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha terpaksa melupakan tawaran lumayan Johor musim depan kerana Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak akan melepaskannya. Apa tidaknya kerana langkah pertama yang dilakukan pemain itu dengan mengemukakan surat kepada KAFA meminta pelepasan bagi membolehkannya beraksi bersama pasukan lain ditolak. "Kami juga masih memerlukan khidmat pemain yang menjaringkan dua daripada tiga gol final Piala Malaysia itu untuk menghadapi cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim depan," katanya ketika dihubungi, semalam. Beliau mengakui Mat Yo kemungkinan akan membuat rayuan, tetapi setakat ini pihaknya belum menerima surat daripadanya berhubung perkara itu. Mat Yo dikatakan menerima tawaran lumayan daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dengan gaji RM80,000 sebulan, malah persatuan itu sanggup menebus kontrak pemain itu yang dianggarkan bernilai RM1 juta bagi memastikan dia dapat beraksi bersama skuad Harimau Selatan musim depan. Sementara itu, Mat Yo berkata, dia menyerahkan kepada pengurusan kedua-dua pasukan untuk berbincang mengenai perpindahan itu. Setakat ini, saya tidak tahu apa-apa mengenai status rundingan pengurusan kedua-dua pasukan kerana menjalani latihan bersama skuad kebangsaan, katanya. Ditanya mengenai penyerang import Red Warriors, Mohammed Ghaddar akan meninggalkan dikatakan selepas menerima tawaran sebuah kelab dari Dubai, Rosmadi berkata, pemain itu masih belum membuat sebarang keputusan. Ghaddar dapat tawaran sebuah kelab dari Dubai, tetapi pemain itu masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu menerimanya atau kekal bersama Kelantan. Kontrak setahun Ghaddar dengan Kelantan sudah tamat dan kita sedang berbincang dengannya bagi menawarkan kontrak baru. Namun, sekiranya kita kehilangan khidmat Ghaddar, kemungkinan kita akan mencari pemain lain untuk menggantikan tempatnya atau hanya menggunakan khidmat Keita Mandjou dalam saingan Liga Super bagi mengisi kekosongan itu, katanya. |
Posted: 29 Oct 2012 03:00 PM PDT Kelana Jaya: Rahsia setiap pasukan yang bakal menjadi halangan Harimau Malaya dalam mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki, tahun ini berada dalam genggaman Datuk K Rajagobal. Pengendali skuad kebangsaan itu berkata, selain daripada beberapa pasukan yang pernah diuji skuad negara sepanjang dua tahun ini, maklumat pasukan lain turut dikumpul pegawai-pegawainya. Indonesia dan Singapura yang turut mengisi Kumpulan B bersama Malaysia dan Laos, bakal menampilkan pemain naturalisasi tetapi bagi Rajagobal, ia bukan sesuatu yang menjadi masalah kepada skuad kendaliannya. Itu adalah pendirian badan induk bola sepak negara masing-masing yang mengharapkan kehadiran pemain naturalisasi akan memberi impak kepada pasukan kebangsaan mereka, kata Rajagobal apabila ditanya mengenai pemain naturalisasi beberapa pasukan. Tetapi kita sejak awal lagi memutuskan untuk menggunakan pemain tempatan sepenuhnya kerana mereka saling mengenali satu sama lain dan lebih patriotik serta lebih mengetahui budaya kita. Kehadiran pemain asing yang diambil dalam tempoh singkat begini tidak semestinya menjamin kejayaan. Kita perlu melihatnya untuk jangka masa panjang dan apa kebaikannya untuk bola sepak negara. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan