Berita Harian: Sukan |
Posted: 26 Nov 2012 12:57 PM PST Khalid malu skuad kebangsaan tiada hati dan semangat juang tinggi Kuala Lumpur: Bekas pemain negara, Khalid Ali mengakui malu dan tidak tahu mana mahu letak muka selepas kekalahan Harimau Malaya bimbingan Datuk K Rajagobal kepada pasukan jiran, Singapura, malam kelmarin.
Lari tanpa tujuan "Singapura juga banyak melakukan kesilapan tetapi kita bermain tidak seperti diharapkan kerana kebanyakan pemain hanya sekadar berlari tanpa arah tujuan. Bermain bola sepak bukan hanya berlari dan tahu menyepak bola tetapi kita juga perlu ada strategi. Khalid turut mempersoal senarai pemain dipilih pengendali negara itu kerana kebanyakan pemain adalah bukan mereka yang layak mewakili pasukan negara. Raja silap "Di situ dia (Rajagobal) mungkin tersilap. Pasukan kebangsaan bukan hanya untuk pemain yang bawah 25 tahun kerana pemain yang berusia seperti Amri (Yahyah) dan Hairuddin Omar juga layak untuk mewakili negara sekiranya mereka berada di tahap terbaik ketika aksi Liga Malaysia. "Saya rasa mereka layak untuk disenaraikan dan berupaya untuk beraksi baik. Sebagai contoh, Alexander Duric yang berusia lebih 40 tahun juga masih mampu menjaringkan gol buat Singapura," katanya yang masih menaruh harapan melihat kebangkitan Harimau Malaya. Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. sinar Harimau jadi kucing? bagilah kata-kata semangat...terasa hati wpun hanya sekadar penonton dan peminat....marilah sama-sama berdoa semoga prestasi harimau malaya meningkat....teruskan berjuang, fairuz maluda dalam hal ni saya tak rasa semua kesalahan patut ditanggung Rajagobal,pemain pun salah juga kerana tidak bermain bolasepak dengan betul.Jurulatih hanya mendorong dan beri arahan taktikal je,tapi pelaksananya dalam padang adalah pemain itu sendiri,kalau mereka kuat dan hebat sudah tentu pasukan malaysia boleh menang tempoh hari.Tak tahulah kalau pemain malaysia tidak boleh ditegur oleh jurulatih..mungkin juga jurulatih tak berani nak tegur pemain mengenai kesalahan mereka..almaklumlah pemain malysia ni kan manja...mereka anggap mereka bintang terkemuka dan lebih tahu tentang bolasepak,..tengok apa jadi kat Peter Butler tempoh hari... rakyat malaysia Jurulatih menyalahkan penjaga gol. tetapi yang pasti perancangan beliau langsung tidak menjadi. pemain belari tanpa tujuan dengan kawalan bola yang amat lemah. sebenarnya jika bahagian tengah malaysia hidup perkara ini tidak akan berlaku. singapura bermaharajalela di bahagian tengah takkan jurulatih tak kesan. pertahanan dan bahagian tengah lemah pasti penjaga gol terhebat duniapun akan tewas. bila kalah jangan hanya menyalahkan penjaga gol sahaja. lihatlah keseluruhan pasukan anda macam mana main berbanding pasukan lawan. singapura penjaga gol bersenang lenang kerana mereka menguasai bola dari bahagian tengah. pemerhati Peminat dan penyokong HM ada hak untuk mengkritik.. kalau x syg. skuad HM kami x kritik.. lantaklah nk jadi apepun.. skuad HM bukan milik persendirian tapi miik rakyat juga.. DRG dan FAM JANGAN EGO SANGAT.. penyokong ULTRAS MALAYA memang patut persoalkan DRG.. mereka bagi sokongan dan meniup semangat tanpa henti dari minit pertama lagi tapi apa yg. dibalas pemain dan coachnya.. persembahan harimau yg. takde gigi, malas, mengantuk, berat dan mcm2 lg.. jgn persoalkan kesetiaan penyokong.. mereka sentiasa dibelakang ada di belakang team HM.. awas pula jerat Laos selepas ini.. BANGKITLAH!!!!!!!! jubei yenaiki semangat juang pasukan kelantan lebih tinggi berbanding harimau malaya ketika menentang singa...pura kaki bola apa komen... presiden FAM seumur hidup..patut ke kita kalah....??? hj daud kekalah dengan singapore jadi kan kebangkitan harimau malaya, kita sebagai peminat tak boleh downkan moral penyokong, kita kena support, kalau kita tak sokong mereka, siapa lagi yg akan sokong harimau malaya, mase lawan laos, harimau malaya kene all out, tak boleh nak simpan2 lagi, do the best harimau malaya, yuo have one chance, if you make one mistakes, you lost in the game MAA Maruah negara lebih tinggi dari ganjaran wang. Pemain2 M'sia harus faham erti mewakili negara dlm sebuah kejohanan yg besar seumpama Piala AFF Suzuki. Kita boleh mengadakan jurulatih yg hebat tetapi akhirnya pemain2 jua lah yg seharusnya merealisasikan idea dan taktikal di atas padang. Teruskan berjuang Harimau Malaya! sebagai warganegara saya tidak sukan pasukan malaysia disebut harimau malaya saya lebih suka di sebut pasukan malaysia kerana harimau malaya terhad kepada penyokong semenanjung. pak ayub Kerilla mari Tak usah nak salah apek...ambo orhre kelate rasa tak sedap lah. Dato Raja dah buat silap besar...kalah alasan pada kesalahan individu..yg mainkan 11 orang.Sebenarnya tempat Dato Raja tu sudah lama diambil oleh orang lain..ambo rasa lebih baik ambik pasukan kelate je wakil Malaysia asran bola sepak malaysia banyak sangat politik,pemain yang lebih baik tidak di ambil mewakili negara.Contoh pemain seperti daudsu,subramaniam,azwan roya dan piya.Bahagian tengah tak hidup langsung. Park Ji Yupp Komen yang mengatakan para pemain seperti Khairul Fahmi, Safi, Aidil & Zaquan ada masalah peribadi seperti penceraian dan nak kahwin memang tak masuk akal.... Sebagai seorang professional tulen tidak kira apa pekerjaan masalah peribadi tidak boleh dibawa ke kerja... Senang cerita laaa..... masih ingat tak Wayne Rooney pada permulaan musim EPL yang lepas mengalami masalah perkahwinan kerana kecurangannya... tetapi masih mampu menjadi penjaring kedua terbanyak dalam pertandingan bolasepak antara palin mencabar di dunia.... dan mampu menjadi naib juara dengan merekodkan pungutan mata yang sama dengan juara..... Jadi..... professionalisma dan kurangnya patriotisma di kalangan pemain tu tak cukup kuat...Setuju sangat dengan Khalid Ali.... Kekuatan Rasa Cinta Terhadap negara pemain zaman dulu2 terlalu kuat berbanding DIVA-DIVA bolasepak sekarang yang hanya kemaruk jadi artis.... tetapi dalam padang hancus.... Tak salah glamor tetapi yang penting harus diutamakan.... C.Ronaldo, Beckham, Messi, Xavi, Rooney semuanya bergiat aktif dalam bidang peraggan tetapi prestasi atas padang... PEERRRGGGHHHHHHHH.............. Maleh den nak kobar laie......... halim nengapakah pemain kelantan tidak tersenarai contohya badri razi supaya jentera tengah dapat berfungsi...fikir2kan Lakukan perubahan masih ada masa semangat harimau malaya......
mud team harimau seolah-olah tiada strategi permainan... main macam ikut jadi saja. rajagobal terlalu banyak alasan.... rasanya boleh tukar jurulatih baru
rie Kalau permainan sama yg di tunjukkan nampaknya hanya tinggal angan-angan jd juara.... peminat kecewa kecewa dan kecewa dgn taraf permainan yang semakin mundur... ni lah hasil usaha experimen experimen dan experimen selama 2 tahun.... adakah ranking menjadi kayu pengukur... jawapan sekarang YA tepat skali..... hascobra kita sepatutnya menyokong pasukan kita sekalipun kalah atau menang. Saya setuju ini semua permainan media..menang dipuji bila kalah dikeji...apa ni... Si Khalid Ali ni pulas satu..kalau dia tu bagus sangat kenapa FAM tak ambik dia jadi jurulatih..sbb dia tak bagus. Rajagopal teruskan perjuangan Kucing Malaya dah berbuih mulut penyokong, bekas pemain, pemerhati dan pakar2 bercakap pasal skuad kali ini.. pada pendapat saya, skuad ini akan mengalami kekalahan dgn Laos, mungkin ada yg marah tetapi inilah hakikat yg akan berlaku jika dilihat dari prestasi semasa pemain2 kita dan corak permainan berterabur yg dipamerkan dari perlawanan persahabatan sehingga perlawanan dgn Singapore.. DRG sukar utk merubah keadaan ini dlm masa terdekat ini... Inilah padahnya bila persiapan tidak dibuat dgn rapi dan pemilihan pemain yg tidak sesuai dan tidak berdasarkan prestasi semasa pemain dlm Liga M.. Kepada DRG anda sudah boleh menulis surat perletakan jawatan anda sekarang.. abd aziz ibrahim Khalid turut mempersoal senarai pemain dipilih pengendali negara itu kerana kebanyakan pemain adalah bukan mereka yang layak mewakili pasukan negara. Raja silap "Di situ dia (Rajagobal) mungkin tersilap. Pasukan kebangsaan bukan hanya untuk pemain yang bawah 25 tahun kerana pemain yang berusia seperti Amri (Yahyah) dan Hairuddin Omar juga layak untuk mewakili negara sekiranya mereka berada di tahap terbaik ketika aksi Liga Malaysia.
melopong kalah menang memang adat..
sarjan detachment bek kanan dan kiri perlu tukar..masukan kembali mahali & zubir..ini kerana bunyamin & azmin muslim kurang buat overlaping..pastu main asyik marah jeee..patut bg semangat bkn mrah..jgn salah kan keeper, semua patut disalahkan..saya percaya Harimau Malaya akan bangkit game seterusnya..Ayuh Harimau Malaya peminat bola negara tahniah King Rajagopal, you punya eksperimen berjaya. Tidak sia sia 2 tahun eksperimen, hasilnya harimau telah berjaya menjadi kuicing dalam tempoh dua tahun sahaja. Mungkin selepas nih coach nak tukar kan kucing mejadi apa pulak. sama sama kita lihat eksperimen seterusnya. Tahniah coach. Jaguh kampung! Bunyi yuran transfer berjuta-juta tapi bila bersaing dengan orang luar, terkulai...syok sendiri bola sepak Malaysia ni Stand By my Colour ahh..ini semua permainan media..nak cari news..kasi laris...kalau kalah kritik macam bola sepak negara kena tsunami..kalau menang..puji melambung Harimau macam menang Piala Dunia..hipokrit puya media..jounalist yang buat story pasal bola semua hipokrit! Stand By my Colour ahh..ini semua permainan media..nak cari news..kasi laris...kalau kalah kritik macam bola sepak negara kena tsunami..kalau menang..puji melambung Harimau macam menang Piala Dunia..hipokrit puya media..jounalist yang buat story pasal bola semua hipokrit! tok haji Bolehkh satu pasukan keb dibntuk dlm masa 3 hari !... RG; boleh ....Kalo tk jdi rimau pn jadi kucing ....x apa he her.. Harap FAM terima lah kritikan ini. Bukan nak menghukum kpd sesiapa yg nak mengkritik pasukan kebangsaan.. Wak Narto sabar sabar ada lagi perlawanan, peluang masih ada. peter saya rasa, sekarang pemain memerlukan sokongan para peminat, jelas kebanyakan pemain memang hilang arah tujuan, penjaga gol KFC pulak terganggu dengan persiapan pernikahannya, safi dah bercerai, aidil dan zakuan pun ada masalah ini semua menggangu konsentrasi mereka. bagi satu peluang lagi kalau persembahan masih hambar menengtang laos maka kita hentam habis - habisan. Bagi saya tektikal dan skil individu pemain malaysia sangat kurang, perbanyakkan lihat liga eropah cara mereka bermain. komeng fokus semula kepada kejohanan. Jangan fikirkan ganjaran dan wang ringgit sahaja.kalau perlu tukar mana yang dah tak boleh bermain. lepas ni tiada lagi alasan jika kalah atau menang. Mohd Zohan Sapii Kami percaya Harimau Malaya masih berupaya melakukan sesuatu untuk Malaysia anti putar alam harap FAM terima lah kritikan peminat dengan hati terbuka dan berlapang dada.buat perubahan segera.kalau patut berundur tu undur je lah.peminat berhak mengkritik kerana mereka yang bayar harga tiket.mereka ingin persembahan yg bagus.kalau rasa x nak terima kritikan pedas peminat harap lain kali setiap kali ada perlawanan pasukan kebangsaan bagi je tiket free.peminat nak kritik lebih2 pun segan.ini tidak,kalau bab duit fam macam kebulur je. melighani Memang amat memalukan....mentaliti penyokong, pemerhati.,penganalisa bolasepak negara jauh lebih tinggi dari DRG..,ada ke patut coach meletakkan kesalahan kepada seorang penjaga gol diatas kekelahan tersebut...wal hal seluruh penyokong Harimau Malaya tidak menganggap demikian.,bukankah ianya berpasukan..semua bertanggung jawab.., fakir love harimau malaya teruskan usaha anda.. do the best k... Mohd Zohan Sapii Kepada Pemain Harimau Malaya...kita masih ada peluang untuk terus berjaya dalam AFF Suzuki, jangan putus asa kami peminat dan penyokong sentiasa bersama kalian Faiz Rajagopal terlalu cepat mendapat Dato'. Walaupun hasilnya sangat kecil. Itupun mungkin mendapat hasil dari teknik jurulatih sebelumnya. Jelas pilihannya kurang arif. Kita ada skuad yang mantap tetapi teknik yang lapok. Mantapkan hantaran bola dan sepemahaman yang tinggi. Jika asyik buat experimen, inilah hasilnya. kucingcomel kalo kalah gak lepas nih...boleh bagi friskies... last chance... laos pon makin ke depan, apsal kite makin ke belakang..... apepon gudluck... zal dlm hal ni coach xleh salahkan player, sbnrnya coach patut dpersalahkan, tgok di eropah saje camner diorang bermula... tp mmg dari awal lg pemilihan player tu mmg dah salah,, yang hebat2 xnak ambil, idea rajagopal perlu diupgrade,n xleh pakai idea lama, kalo xleh gak, cari org lain yang boleh jadi coach utk masa depan harimau malaya adebayor Salam, Singa Laos sedang menanti insyAllah Harimau Malaya boleh menang tapi kalau kalah DRG mesti bertanggungjawab sepenuh.... Muhamad Zuhairi Kami rakyat Malaysia berasa malu pada skuad negara kerana tidak mampu mengatasi Singapore di tempat lawan sendiri, sedangkan lebih 40 ribu penyokong yang hadir untuk menyuntik semangat pasukan negara, eksperimen dah byk di buat, tapi tetap kalah macam pasukan sekolah juga, yang lebih memalukan lagi jaringan gol utk singapore sangat mudah umpama benteng pertahanan hanya memandangan saja tandukan Duric yg tidak di kawal oleh mana-mana permain kita...tengok permain singapore, bagaimana mereka mengawal Idlan dan Safee, hingga penyerang kita tak dapat bergerak dan peluang untuk menjaringkan gol, itu baru namanya strategi.... Kalau rabu ni kalah juga dgn Laos,,,jgn salahkan penyokong mengapa tidak untuk datang ke stadium utk menyokong lagi,salahkan kamu sendiri kenapa nak membazirkan duit kerajaan dan duit kami semata-mata nak menyokong skuad negara hanya untuk menyaksikan perlawanan korang macam budak sekolah tu. nattsheroo agak tekajuk dengan corak permainan tekini dan terdahulu .... SPRM perlu dibabitkan sekali!!!!!! pandan indah ayuh kucing bangkitlah!
radzi AYUH HARIMAU MALAYA KAMI MAHUKAN AMUKAN ANDA akub kucing atau rimau bukannya sbg kayu pengukur bg skuad HM....tp yg jelas pnyokong brasa kecewa dgn prestasi yg dtnjukn....main d tanah air sndiri klihatn gntar & hlang arah...HM mcm x da X-Factornya lg.... juyang imram Apa sudah jadi dangan pasukan kebangsaan sangat memalukan ingat nak pergi std kalau sudah kalaht |
Perancangan hoki KL harus jadi contoh Posted: 26 Nov 2012 11:55 AM PST Seremban: Persembahan mantap daripada segi skil dan kawalan bola baik dipamerkan pemain pada Kejohanan Hoki Bawah 14 Tahun KHM-MSN-Milo-KPM Kebangsaan 2012, di Stadium Hoki Seremban 2, yang berakhir kelmarin, membuktikan negara tidak ketandusan pemain pelapis berbakat yang mampu mengambilalih tempat pemain skuad senior pada masa depan. Pemain seperti Wan Haziq Hisyamuddin Wan Ameer Ruzman, K Thevendran, Muhamad Syafiq Hassan dan Fallah Hassan Shahrom Jamil dari Kuala Lumpur, Muhamad Haikal Safaruddin dan George Dylan (Johor) selain Mohd Najmi Hayazi (Perak) dan Mahathir Rathuwan (Negeri Sembilan) adalah antara beberapa pemain yang menyerlah sepanjang 10 hari kejohanan itu.
Ibu bapa, jurulatih ada peranan Kejayaan Kuala Lumpur menjulang kejuaraan selama tujuh tahun berturut-turut membuktikan usaha dan perancangan persatuan hoki ibu kota itu wajar dicontohi dalam melahirkan pemain berbakat di peringkat akar umbi. Ini jelas seperti mana dinyatakan pengurus Kuala Lumpur, Ali Sulaiman bahawa kejayaan yang dicapai itu bukan datang dengan mudah sebaliknya ia hasil kerjasama dan kerja keras banyak pihak termasuk ibu bapa, jurulatih dan komitmen pemain itu sendiri. "Walaupun pemain hanya dapat dikumpulkan dalam tempoh dua minggu sebelum kejohanan tetapi sebenarnya mereka sudah membuat persiapan latihan lebih awal lagi dengan dipantau pegawai persatuan. Ini membolehkan prestasi pemain dapat dikekalkan di tahap yang baik," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan