Harian Metro: Arena |
Posted: 28 Jan 2011 08:47 AM PST AKHIRNYA Majlis Sukan Negara (MSN) terpaksa akur dengan kehendak Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk menghantar atelt berlatih di pusat latihan Ranau, Sabah. Selepas timbul pelbagai spekulasi dan konspirasi berhubung tindakan KOAM menghantar atlet berlatih Ranau ketika Komite Olahraga Nasional Indonesia (KONI) Sumatera Utara pula berminat menghantar atlet mereka berlatih di Kompleks Sukan Negara (KSN) Bukit Jalil, MSN akhirnya meluluskan peruntukan untuk tujuan itu.
Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terbabit dalam memberikan sokongan menjayakan program itu.
AGM itu mempertandingkan dua kerusi naib presiden akan menjadi rebutan pada sesi pemilihan AGM hari ini membabitkan persaingan tujuh penjuru iaitu Datuk Mumtaz Jaffar, Rajemah Sheikh Ahmad, K Yogesvaran, Onn Yassin, Mohamed Awang dan Kol Kamarul Fauzi dan John Ayavu selain dua kerusi ahli majlis eksekutif badan. |
Posted: 28 Jan 2011 08:41 AM PST BUAT pertama kali, pelumba sensasi negara, Anuar Manan menyarung Jersi Biru (Raja Pecut) selepas berakhir peringkat keenam Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011), semalam. Anuar berjaya menyambar Jersi Biru daripada pencabar utama, Andrea Guardini daripada pasukan Farnese Vini-Neri Sottoli yang ditabal juara perlumbaan peringkat keenam dari Rawang ke Putrajaya.
Bagaimanapun, riak wajah pelumba handalan pasukan Terengganu ProAsia (TSG) ini belum menampakkan dia sudah boleh berbangga dan berpuas hati dengan kejayaan yang dilakarnya itu.
Sehari sebelum itu, Anuar menamatkan perlumbaan peringkat kedua dari Kangar ke Butterworth di tempat ketiga sekali gus menyaksikan pelumba kelahiran Kuala Ibai, Terengganu ini menyarung Jersi Putih (pelumba terbaik Asia) selama dua hari berturut-turut.
"Kadang-kadang Andrea memperlahankan kayuhannya kerana tidak mahu saya mengekorinya tetapi mujur saya dapat bersaing dengan dia hingga ke garisan penamat. Perlumbaan juga agak sengit kerana semua pelumba bersemangat dan bertungkus-lumus untuk mengutip mata.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan