Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


'Siapa monyet'

Posted: 28 Mar 2012 12:23 PM PDT

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

sahira hussin

sabar je..jnji kita terus tngkatkan usaha utk terus menang

Fazillah Mohamad

mmg melampau..FAM perlu tegas dlm hal ni spy bende ni x kan berulang lg.. jika dulu safee sali dan amirulhadi digelar monyet.. sekarang berulang lg perkara yg sama..

geoffrey misol

Sebab mereka jealous dengan pencapaian team kita...

Komeng

ejek mengejek tu perkara biasala....mentaliti mau kuat...dalam liga england pun ada ejek mengejek, tapi permainan tetap mantap dan berkualiti...

Haji

Peminat Spura berkenaan telah pun ditahan polis selesai perlawanan. Seekor kerbau membawa lumpur, mengapa semuanya terpalit.

khairul

Saya berkunjung ke Singapura utk beri sokongan kpd team saya. Tp kami terpaksa berkurung dlm stadium hampir satu jam kerana penyokong singapura membuat kecoh di luar stadium. Begini ke cara peminat bola sepak di Singapura menyambut tetamu....

faizul

tiada sikap profesional sebagai penyokong, FAM perlu tegas mengambil tindakan biadab ini..

hana

tak perlu berterusan nak bergaduh biarkan ape mereka buat nanti kalau sume gaduh akan menjadi lebih buruk lagi diam tak semestinya kalah.. kalau melampau sampai mencederakan biar pihak berkuasa amik tindakan.. jadikan negara MALAYSIA sbagai contoh terbaik

GABANYAMAHA

TIDAK SEHARUSNYA ADA SIFAT PERKAUMAN DIDALAM BOLA SEPAK.. PERLU DIAMBIL TINDAKAN DAN TINDAKAN YANG SEWAJARNYA KEPADA MEREKA YANG BERSIFAT PERKAUMAN INI..

Na O Mei

Ni semua pengaruh ejekan dari bini si kapten S'pore dulu le..yg mengejek Safee & Amirul Hadi.

Mmg patut pun tk yah buka penyertaan pada mrk2 yg dok suka hina M'sia ni. Tak mendatangkan hasil cuma mendatangkan prsaan marah & geram rakyat M'sia pda mereka. Apa2 pun teman seronok bebenor sbb tersingkirnya mereka dari Piala FA. Memang itu yg teman tunggu2 dgn harapan setiap pasukan yg bertanding dpt membenamkan mereka.

Tahniah pasukan Terengganu yang telah berjaya menyekat kemaraan mereka....

mohd hamdan

Biarkan monyet2 itu bercakap.....kita tunggu piala suzuki...hahaha....

razlan

sepatutnya lah nyah aje pasukan yang ada sifat perkauman tu. Tanpa singapura liga kita tetap meriah.

Roti Planta

Kepentingan utama FAM menjemput Singapura ke LigaM ialah boleh menarik bookie dan taruhan besar sindiket perjudian.

zila

kalau bersukan asik nk bergadoh je...baik jgn bersukan..sudah-sudahlah tu....

ali karimi

semasa main d s'pore sepatutnya kad merah utk s'pore tapi mengapa !

nuri

Tindakan undang-undang adalah langkah bijak. Sikap tidak menghormati lawan dan kawan masih menebal di sana.

ROSLAN KANGAN

abaikan,. masuk kanan kuar kiri

aku ganu

Ketangkasan Forkey Doe menyebabkan peminat Singapura menggunakan apa jua cara untuk menggagalkan beliau daripada memberi aksi terbaik...sehingga sanggup mengeluarkan ejekan bersifat perkauman!!

Abu Bakar

lebih baik bersabar ajelah...janji kita menang

edrus

orang singapura memang begitu kerana mereka tidak bertamadun...

abu bakar

lebih baik bersabar dan berdoa...sebelum nasi menjadi bubur.

Yangretibase

Pemain sendiri lebih komited daripada pemain import. Apa makna kemenangan dengan hanya mengharapkan pemain import?

ank ganu

singa mang x sekolah....

tunmizi

tamadun terlampau....

andre

Memang monyet pun. Main bola dah lah bodoh. Pasukan malaysia ni aku ingat klu lawan dengan pemain brazil yang oku pun belum tentu dia boleh menang.

OTAI

Kalau pasukan singapura tak ada pun tak mencacatkan liga malaysia. Lebih baik batalkan penyertaan pasukan dari singapura itu.

Abd Hamid Abd Rahman

Sukan adalah sukan. Jangan suka menyentuh pribadi seseorang.

yushail

Orang singa memang kurang hajor, pemain impot boleh wakil negara.....

kamarul

sepetutnya kita utamakan liga tempatan kita dari liga luar yang tak punya masa depan....

jit

kadang-kadang segelintir penyokong negeri pun macam tu juga. ia tidak mengambarkan sikap persatuan bola sepak negara itu. biarlah.

ahmad bin yusuf

semasa main d kula trg sepatutnya kad merah untuk trg. tapi mengapa !

Nik Fahmi

Bagi pendapat saya itu hanya segelintir penyokong sahaja bukan mewakili majoriti tidak kira penyokong Terengganu, Kelantan atau Singapura sekalipun. Saya harap akhbar memainkan peranan mendamaikan antara yang lain dan besar pahalanya orang yang mendamaikan yang lain.

'Kontinjen kecil, peluang besar'

Posted: 28 Mar 2012 12:11 PM PDT

Sukan

 TUNKU Imran (lima dari kiri) dan Arshad Uda (kanan) melakukan gimik nyalakan obor pada pelancaran perjanjian kerjasama antara Maxis dan MOM di Arena Sukan MOM, Jalan Hang Jebat, semalam.

TUNKU Imran (lima dari kiri) dan Arshad Uda (kanan) melakukan gimik nyalakan obor pada pelancaran perjanjian kerjasama antara Maxis dan MOM di Arena Sukan MOM, Jalan Hang Jebat, semalam.

PENYERTAAN kecil kontinjen negara di Sukan Olimpik, Julai ini tidak pernah membataskan peluang Malaysia merangkul lebih banyak pingat berbanding dua temasya terdahulu di Athens, Greece dan Beijing, China.

Realiti itu disahkan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar yang menyifatkan pembabitan atlit negara dalam lima jenis acara kali ini -berbasikal, terjun, menembak, memanah dan badminton - mampu mencipta kejayaan.

"Chong Wei menduduki ranking pertama dunia dan pada kejohanan Seluruh England lalu, dia dilihat lebih baik daripada musuh ketatnya dari China, Lin Dan. "Selain sasaran diletakkan pada perseorangan lelaki dan beregu lelaki, saya lihat beregu campuran juga berpeluang menghadiahkan pingat," katanya ketika ditemui pada Majlis Penajaan Maxis kepada MOM, semalam.

Hadir sama Timbalan Presiden MOM, Datuk A Sani Karim, Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, Ketua Eksekutif Maxis, Sandip Das dan Pengerusi Maxis Berhad, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

Sementara itu, Arshad berkata pihaknya akan menyediakan pakej komunikasi kepada semua atlit negara di Sukan Olimpik membabitkan jumlah tajaan RM1,500 setiap seorang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan