Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Presiden FAM tegur Annuar

Posted:

Presiden FAM tegur Annuar

KUANTAN - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah (gambar) berkata, timbalannya, Tan Sri Annuar Musa akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin badan induk bola sepak negara pada 4 April ini kerana didakwa secara terbuka mengkritik prestasi skuad kebangsaan di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal di media.

Sultan Ahmad Shah berkata, Annuar perlu berdepan dengan jawatankuasa itu kerana tindakannya ternyata melanggar peraturan badan induk bola sepak negara kerana apa yang dilakukannya merupakan satu kesalahan yang amat besar.

"Bila kita buat satu benda yang bodoh, yang menyalahi undang-undang, kita kena berhadapan dengan tindakan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang di Bandar Indera Mahkota di sini, semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

FAS mohon maaf insiden penyokong hina Francis Forkey

Posted:

FAS mohon maaf insiden penyokong hina Francis Forkey

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Tiada drama berpanjangan atau sebarang tindakan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila badan induk bola sepak negara itu menerima permohonan maaf Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) atas penghinaan berunsur perkauman terhadap pemain import Terengganu, Francis Forkey Doe.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, isu itu telah diselesaikan secara baik antara dua pihak dan tidak perlu dipanjangkan.

''FAM telah menghantar surat pada pagi ini (semalam) kepada FAS meminta penjelasan situasi sebenar yang berlaku kepada Francis Forkey.

''Kemudian, saya mendapat panggilan daripada Setiausaha Agung FAS, Winston Lee yang memohon maaf atas insiden itu dan memberitahu apa yang berlaku di luar kawalan mereka.

''Saya mewakili FAM telah menerima permohonan maaf dan tidak berhasrat melakukan apa-apa tindakan susulan," katanya ketika dihubungi, semalam.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen