Harian Metro: Arena

sumber :-

Harian Metro: Arena


Azlan pertahan gelaran

Posted: 14 Apr 2012 08:53 AM PDT

TIADA apa yang lebih bermakna buat Azlan Shah Kamaruzaman apabila berjaya menakluk litar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak buat kali kedua berturut-turut selepas berakhirnya Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2012, hari ini.

Pelumba Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing itu menamatkan perlumbaan 15 pusingan dengan catatan masa keseluruhan 10 minit 25.112 saat diikuti juara Pusingan 1 di Batu Kawan, Mohd Zaqhwan Zaidi (Pachie Yuzy Honda Racing) kedua, 10:25.345s dan Mohd Taufiq Roslan (Yamaha Maju Motor Racing) ketiga, 10:26.866s.


Azlan yang bermula di petak ketiga mengaku litar ini adalah antara litar kegemarannya dan cukup serasi beraksi di sini apabila sentiasa berada di kelompok hadapan pada setiap sesi perlumbaan yang berlangsung sejak hari pertama lagi. "Kemenangan ini amat bererti kerana saya berjaya mempertahankan gelaran dimenangi pada perlumbaan musim lalu.

"Tambahan pula, ini juga merupakan hadiah istimewa kepada seluruh keluarga apabila saya juga bakal menimang cahaya mata sulung beberapa hari saja lagi," jelas Azlan yang kini berkongsi kedudukan pendahulu bersama Zaqhwan dengan mengumpul 45 mata.


Selepas ketinggalan kepada Ahmad Fazrul Sham (Faito Motobert Racing) pada awal perlumbaan, Azlan terus memberi tekanan kepada lawannya itu.


"Saya berjaya memintasnya pada pusingan ketujuh. Selepas itu saya cuba mengelak daripada melakukan sebarang kesilapan dan berjaya mengekalkan kedudukan pendahulu hingga ke garisan penamat," jelas Azlan sambil meletakkan sasaran untuk sekali lagi menaiki podium pada Pusingan 3 di Kangar, Perlis, hujung bulan ini.

Dalam senarai pelumba keseluruhan, kedudukan podium hari ini turut meletakkan Taufiq di tangga ketiga dengan jumlah 23 mata yang dipungut setakat ini.


Dua kedudukan podium Azlan membantu pasukan Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 2 (Azlan/Mohd Fitri Ashraf Razali) mendahului senarai keseluruhan dengan 51 mata, namun terikat dengan mata yang sama bersama Pachie Yuzy Honda Racing (Zaqhwan/Wan Mohd Hadri Wan Mokhtar). Berada di kedudukan ketiga ialah Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing 1 (Norizman Ismail/Mohd Affendi Rosli), 39 mata.




Misi gegar Wembley

Posted: 14 Apr 2012 08:15 AM PDT

LONDON: Fernando Torres mengaku dirinya umpama pelancong dalam kunjungannya ke Wembley tahun lalu tetapi hanya satu cenderahati yang diidam pemain itu menjelang pertemuan separuh akhir Piala FA apabila Chelsea menentang Tottenham, awal pagi esok.

Biarpun berada di England sejak 2007, Torres terpaksa menunggu hingga November lalu untuk beraksi di stadium kebangsaan itu.


Ia bukan satu pengalaman yang menggembirakan apabila pasukannya, Sepanyol tewas kepada England 0-1 apatah lagi gol kemenangan dijaringkan rakan sepasukannya, Frank Lampard.

Torres menempuhi pelbagai cabaran di pusat latihan Chelsea tetapi sedar dia bakal menjadi sebahagian daripada kejayaan kali ini dan selangkah lagi sebelum menjulang trofi pertamanya dalam bola sepak Inggeris, jika Lampard sekali lagi meninggalkan Wembley dengan gol kemenangan.


"Wembley mempunyai begitu banyak sejarah. Pasukan Inggeris mempunyai dua piala dan peluang setiap tahun untuk beraksi di sana dan ia sesuatu yang hebat," katanya dalam temubual di laman web rasmi Blues.


"Semua pemain ingin beraksi dalam perlawanan seperti itu. Ini adalah musim kelima saya di England tetapi ini kali pertama saya ke sana dengan sebuah kelab.

"Kami semua berasa teruja kerana mempunyai peluang untuk melangkah ke final menerusi pertemuan dua kelab London dan memang seronok berada di sini dan bermain, saya tidak sabar menantinya." Mengimbau kembali pengalaman beraksi bersama skuad kebangsaan, Torres menganggap kenangan beraksi di Wembley amat manis baginya.


"Saya tidak pernah bermain menentang England di Wembley sebelum perlawanan itu. Saya pernah menentang mereka di Old Trafford, ia sesuatu yang hebat tetapi Wembley lebih hebat lagi.

"Semua penyokong mengambil gambar kenangan, malah pemain Sepanyol juga melakukannya pada latihan terakhir sebelum perlawanan persahabatan itu." Bagi Torres, setiap pemain ingin beraksi di Wembley.


"Jika sebelum ini, kenangan saya hambar kerana negara saya tewas, saya harap senario berubah pada pertemuan ini.


"Andai separuh akhir begini hebat, tentu sekali perlawanan akhir jauh lebih hebat. Ia pastinya hebat buat pemain dan penyokong Chelsea.


"Ada pemain yang sering bermain di Wembley tetapi ada di antara kami berada di sini buat kali pertama dan ia sesuatu yang istimewa bagi kami." - Agensi




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen