Utusan Online - Sukan

sumber :-

Utusan Online - Sukan


Pandelela-Mun Yee sambar gangsa

Posted:

Pandelela-Mun Yee sambar gangsa

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


Pandelela Rinong (depan) dan Leong Mun Yee terus cemerlang apabila meraih gangsa pada pusingan ketiga Siri Terjun Dunia di Moscow, kelmarin.


KUALA LUMPUR - Gandingan Pandelela Rinong-Leong Mun Yee mengembalikan status selaku tiga pasangan terbaik dunia dalam acara 10m platform seirama wanita selepas merangkul gangsa pada saingan pusingan ketiga Siri Terjun Dunia di Moscow, Rusia kelmarin.

Pasangan ratu terjun negara memulakan pusingan pertama di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan nota positif apabila meraih perak sebelum tercicir daripada podium, berpuas hati pada tempat keempat pada pusingan berikutnya di Beijing, China.

Namun persembahan mantap Pandelela-Mun Yee di Kolam Olimpik Moscow kelmarin, membuktikan mereka tidak lagi sanggup kempunan buat kali kedua berturut-turut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Undian Piala Thomas yang tiada makna

Posted:

Undian Piala Thomas yang tiada makna

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Malaysia sepatutnya tidak menghadapi masalah untuk melangkah sekurang-kurangnya ke suku akhir Piala Thomas di Wuhan, China bulan depan kerana selain gergasi Eropah, Denmark, kita hanya berdepan Afrika Selatan dalam Kumpulan C.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan menempah tempat ke peringkat lapan terbaik dan di atas kertas Afrika Selatan bukan lawan yang sepatutnya mampu merosakkan peluang Malaysia untuk muncul sekurang-kurangnya naib juara.

Sama ada kita berjaya mengalahkan Denmark atau tidak, muncul juara atau naib juara kumpulan, ia tidak penting kerana yang mustahak adalah melangkah ke suku akhir memandangkan undian suku akhir dibuat bukan berpandu kepada keputusan peringkat kumpulan, sebaliknya berdasarkan kedudukan pilihan.

Dengan Malaysia hanya diletak sebagai pilihan keenam kejohanan, kita berpotensi menentang mana-mana empat pasukan pilihan, China, Korea Selatan, Denmark dan Jepun di suku akhir, tidak kira sama ada muncul juara kumpulan atau naib juara. Indonesia juga tidak berada dalam kelompok empat pasukan pilihan kerana hanya mendapat status pilihan kelima.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen