Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Ancam letak jawatan

Posted: 13 Jan 2011 10:55 AM PST

KEMELUT peletakan jawatan jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek meniti satu lagi episod baru apabila beberapa ahli Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengancam akan meletak jawatan.

Mereka menegaskan tidak kisah andai Misbun kembali tetapi menyifatkan BAM tidak harus menerima tuntutan jurulatih berkenaan yang akan menyebabkan struktur baru kejurulatihan dan latihan yang sudah di-luluskan majlis sebelum ini terpaksa dirombak semula.

"Jika Misbun ikhlas dan mengutamakan kepentingan negara, dia tidak patut meletakkan syarat" Abdul Hadi Abdul Kadir Anggota CTC BAM

Setiausaha Persatuan Badminton Pulau Pinang (PBA), Tony Tan, berkata dia akan meletak jawatan anggota CTC jika badan induk itu terpaksa menstruktur semula kejurulatihan dan latihan hanya kerana bagi memenuhi tuntutan seorang individu.

"Antara punca utama Misbun meletak jawatan kerana dia mahu anaknya (Misbun Ramdan) disenaraikan dalam skuad elit di bawah kendaliannya tetapi majoriti ahli CTC, termasuk jurulatih lain menolak permintaannya.

"Lagipun, Exco dan Majlis BAM sudah meluluskan perubahan struktur dan ia tidak boleh diubah sewenang-wenangnya memenuhi tuntutan seorang individu. Jika ia berlaku saya akan letak jawatan," katanya.

Setiausaha Persatuan Badminton Sarawak (PBS), Abdul Hadi Abdul Kadir, yang juga anggota CTC, turut mahu BAM bertegas dan tidak tunduk dengan tuntutan jurulatih berkenaan.
"Jika Misbun ikhlas dan meng-utamakan kepentingan negara, dia sepatutnya tidak meletakkan syarat untuk kembali. Adalah janggal BAM terpaksa merombak semula struktur kejurulatihan dan latihan semata-mata memenuhi kehendaknya seorang sahaja.

"Apa kata ibu bapa pemain lain jika mereka membuat tuntutan sama untuk melatih anak masing-masing. Nanti kita dilihat mengamalkan dasar pilih kasih."

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

zainool

kalau 1 rakyat malaysia sumbang RM 10.00 sbln dh lebih dr cukup...so DATUK MISBUN TUNGGU APA LG kami ada dibelekang mu teruskan perjuangan kecemerlangan badminton malaysia

scarie

Kepada beberapa ahli CTC yang nak meletak jawatan: Selamat meletak jawatan dengan seberapa segera yang mungkin (ASAP. Lagi cepat anda pergi, lagi bagus...kehilangan anda akan memulihkan kekusutan dalam BAM yang hanya pencukup korum meeting..tetapi kehilangan jurulatih akan melumpuhkan sukan badminton..CTC selamat angkat kaki..DATO' MISBUN teruskan karier anda..

waklu

klu betul ctc hebat dari datuk misbun buktikan pada malaysia..jgn harap ada pangkat dan nama anda semua boleh bersuara..datuk hj telah membuktikan dia telah melahirkan jaguh dunia dan tak boleh disangkal lg cara kejurulatihan dia.. sebab itu datuk chong wei mau ikut dia keluar BAM. buka mata wahai ahli CTC..

jimi

pegawai bam ni ckap je pandai, main xpandai..biarlah misbun yg susun atur latihan..die lebih arif..

hero

"Apabila kamu menyerahkan sesuatu tugas kepada yang bukan ahli maka tunggulah saat kebinasaanya" Maksud Hadis...berilah kepada yg pakar dlm membuat keputusan iaitu Datuk Misbun beliau lebih memahaminya berbanding org lain kerana dari kecil beliau bergelumang dgn badminton.

Datuk

Keluarga Sidek byk berjasa pada negara...
Anggota CTC?

Bjr

Tony tan? Sape tu? Nk letak jawatan? Ade org kesah? Haha letak la.. Yg penting misbun ade, harap2 chong wei boleh menang olimpik 2012

Farhan

Datuk Misbun tak perlu kembali semula kepada BAM...Harap2 Chong Wei ikut jejak misbun untuk jadi pemain professional sepenuhnya and dapat mengekalkan ranking no. 1 dunia. lagipun, sure bersepah company nak sponsor CHong Wei.

kalau anggota CTC nak letak jawatan, ada kami kisah??tak kisah pun..lantak korang la..ramai lagi bleh jadi committee CTC. so what?

Shahrin Elias

Politician dalam CTC yg nak letak jawatan biarkan mrk letak jawatan kerana mrk bukan pemain badminton dan tak tau pasal badminton. Biar hanya bekas pemain badminton negara saja yg mentadbir BAM

kamikaze

Semua anggota CTC perlu buktikan kepada rakyat yang sumbangan mereka telah menghasilkan pemain yang lebih baik dari Datuk LCW dan Coach Datuk Misbun dulu!!! bagi yang betul2 dan ikhlas sahaja..

Saya Harap Datuk Nadzmi diberi hidayah untuk kebaikan rakyat Malaysia dan badminton khasnya..kalu terang lagi bersuluh..apa tunggu lagi...ambil blk Dato Misbun.

Nadzry

Wahai exco-exco BAM (termasuk Dato' Nadzmi)...
1. Jgn pertikaikan kesetiaan & kepentingan Misbun pada NEGARA. Apa sumbangan SEBENAR yang anda telah buat jika dibandingkan dgn Misbun?

2. Jangan samakan Misbun dan ibu bapa pemain-pemain lain! Kalau mereka semua layak (atau pernah melahirkan pemain No.1 dunia), barulah boleh disamakan dgn Misbun.

3. Jika exco letak jawatan, ramai lagi yang boleh ambil tempat. Tapi jika Misbun - seorang lagenda & juga coach kpd pemain No. 1 dunia tiada, senang ke cari pengganti???

Renung-renungkan......

PEMINAT BADMINTON

klu betul ahli persatuan bagus dari jurulatih buktikan..anda semua dah maklum misbun telah melahirkan jaguh dunia (datuk chong wei) ..buka mata sikit wahai ahli persatuan..jgn kerana pangkat dan nama sja anda boleh bersuara..

stickyoung

Acara meletak jawatan ke ni..?

WAN

Saya rasa sudah sampai masanya, NUSA MAHSURI dihidupkan semula dengan mendapat DANA khas drpd Kementerian Sukan.... kala nak diharapkan pada BAM maka politik, periuk nasi dan kepentingan peribadi CTC dan pengurusan melebihi kepentingan negara...

BAM perlu ada saingan maka kementerian perlu benarkan lebih byk Kelab atau persatuan persendirian wujud utk memajukan Sukan Badminton Malaysia...selepas ni pertndingan bukan lagi mesti melalui BAM tetapi Kementerian Sukan.....lagi telus dan mulus..

Kpd CTC kalau nak letak jawatan..ayuh! dipersilakan..kami sokong dan gembira sgt...!

30 tahun aktif badminton

nak tanya BAM siapa ajk penubuhan struktur baru kejurulatihan dan latihan? sepatutnya terdiri dari majoritinya jurulatih kerana mereka terlibat secara langsung. BAM harus menimbang secara positif penilaian misbun mengenai potensi anaknya. Lebih berkesan di bawahnya. BAM dan misbun masing-masing kena bertolak-ansur. misbun tidak boleh putus asa, kena bersemangat tinggi, konsensus masyarakat dan negara memerlukan beliau, itu sumbangan yg dituntut agama juga. nagara dah iktiraf sumbangan misbun dgn datuk. buang yang remeh temeh.

ABDUL MANAF BOHARI

AJK CTC BAM seharusnya lebih awal letak jawatan, bukannya misbun. AJK CTC letak jawatan tak akan jejaskan pemain badminton, tetapi jita jurulatih letak jawatan maka pemain adalah ibarat anak ayam kehilangan ibunya. Kami peminat badminton malaysia tak sedikitpun sedih, apatah lagi terkilan jika AJK CTC letk jawatan. Mohon dato Nazmi sediakan AJK CTC baru yang pernah bergelumang dengan dunia badminton.

batoulelisou

Cadangan kepada Datuk Misbun: Meriahkan kembali Nusa Mahsuri di persada Badminton Dunia.Lupakan saja niat untuk bertaut kembali dengan Badan Anti Misbun tu! Teruskan mencipta Lee Chong Wei baru dalam kehidupan Datuk. Biar Berpatah Arang jangan Berpatah Balik!

Mohmad Shalan Bin Jasman

Bagi saya kedua-duanya sama penting baik Persatuan mahupun jurulatih. Pendirian kedua-duanya wajar dihormati. Tetapi jangan lupa apa yang lebih penting adalah pencapaian yang disasarkan persatuan. Sasaran menjuarai sukan olimpik tidak akan tercapai sekiranya pincang salah satu darinya. Justeru daalaam menghadapi kemelut tersebut, buatlah keputusan yang mengutamakan sasaran persatuan mampu dicapai. Sukan negara perlukan pencapaian sebagai bukti; bukannya percakaran yang tidak menguntungkan. Siapa yang ada kaedah untuk mencapai kejayaan tersebut perlu diberikan ruang dan peluang seluas-luasnya.

batoulelisou

biarkan mereka yang antiDatuk Misbun tu letak jawatan.Nak simpan buat apa.Nampak sangat mereka yang nak sangat Datuk Misbun keluar dari BAM.Fikir2kanlah wahai peminat2 badminton sekalian.Sekilas ikan di sungai,dah tau dan jantan betina.Apa lagi ikan tu jenis yang besar!!!!

zainool

apa le nk jd dgn org2 kita ni,tk abis2 dgn perangai hasad dengki dn kepentingan peribadi..zaman pateh kerma wijaya dh terkubur lma dlm sejarah kita hdup zaman lain dh ni..ahli ctc korang letak je jwatan byk lg yg berkaliber kat luar yg lg bagus lg baik sedia ambil tggungjawab..bam sruh le geng ctc ni plak latih chong wei kita tgk apa nk jd.ada track record yg kita bleh jdkan ukuran ke ahli2 ctc ni.DATUK MISBUN HIDUPKAN KMBALI NUSA MAHSURI KMI RAKYAT MALAYSIA YG LAIN SUDI MEMBANTU...

emyley

kalau nak jwtan letak aja ler, anggta ctc tu pun hnya tumpang kejayaan d.misbun je.ibarat kata org tua-tua anggta ctc hanya pencukup korum ja.yg melatih d.misbun n ju-ju yg lain.

cd

dato misbun, jangan kembali kepada BAM. bangunkan kembali nusa mahsuri. Buktikan kepada semua kemampuan yang anda ada.

mohd.shahir

main bola lagi syok!

samad

pada pendapat saya, membuat dasar lebih senang dari mempraktikkannya. Dato misbun dah lama dalam bidang badminton. Dato Misbun tahu apa yang terbaik utk mewujudkan jagoh2 badminton negara daripada mereka2 yang hanya pandai bercakap.

shamsul Khairee Jamaludin

sesungguhnya ramai yang tidak tahu bahawa ramdan mempunyai potensi yang amat tinggi sekali.memang seusia muda ini la kte perlu menggilap pemain- pemain muda.bukan mengasingkannya.bagi sesetengah pihak yang tidak tahu menahu.Ramdhan pernah mengalahkan Sony Dwi Kuncoro yang melonjakkan rankingnya dr 4++ dunia ke 1++ dunia.

Nang Yusmadie

kalu ibu bapanya abdul hadi n tony nk tuntut melatih anak masing2...memang boleh di pertikaikan!!!!! siapa mereka ni kalu nk bandingkan dgn datuk sidek n keluarga sidek...tengok rekod pencapaian datuk sidek melatih dgn org yg cakap je pandai mcm si tony ni...siapa yg berjaya...hampeh..

kepada LALALA x kenal kampung dgn dunia kot..misbun n keluarga sidek lagenda badmiton negara.

Cip

Jurulatih lagenda mau berundur diri biarkan kita berdoa ja agar dia terus cemerlang dgn jln yg dipilihnya dlm kemajuan badminton negara. BAM yg da tak ada jurulatih, carilah jurulatih lain untuk meneruskan perjuangan.

maria

Ignore 'em. Just, go ahead with the original plan. WE support you, Misbun!

jasnis38

APABILA dATO' MISBUN MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MELETAK JAWATAN DI BAM, TENTULAH BELIAU TELAH FIKIR SEHABIS-HABIS NYA DAN SAYA YAKIN BELIAU ADA PERANCANGAN YANG LAIN. SEKALI MEMBUAT KEPUTUSAN MELETAK JAWATAN, BUKAN MUDAH UNTUK MENARIK BALIK KEPUTUSAN. OLEH ITU HAJAT MISBUN BIARLAH JANGAN DI HALANG.

joelabu64

Siapa Si Tony tu cakap pandai...tak kenal pun, Tony Kassim kenallah.....Cakap aje pandai satu Malaysia punh tak kenal Si Tony tu.....Penang pun tak kenal Si Tony tu....pegang jawatanan bukan untuk negara tapi nak tumpang semangkuk kejayaan dan pergi jalan sana sini terutamanya sebagai pegawai pengiring pemain ke luar negara...melancong free...

pak usu

saya fikir pegawai yang nak meletak jawatan tu baik hantar surat letak jawatan. mereka cuma pegawai ctc bukan nya melatih bintang badminton untuk julang pingat. kalau setakat memenuhi jadual mesyuarat kemudian bersetuju sebulat suara akan apa-apa yang telah disediakan oleh urusetia sebelum dibincangkan dalam mesyuarat, maka pegawai ctc nak letak jawatan tu silakanlah. misbun kalau nak letak jawatan kerana tak setuju dengan semua pihakpun apa salahnya. bukan misbun rugi tapi bam, nadzmi, chong wei dan sekutu bam. impian emas hanya impian. jika takdir menentukan malaysia boleh kutip pingat emas melalui chong wei badminton, apa salahnya misbun kekal atau keluar bam. dan pegawai ctc tu silalah berhenti. fikirlah. jangan sombong konon misbun tak patriotik. seingat saya kerana patriotiklah misbun sejak era mohicannya sehingga kini kekal melahirkan jaguh-jaguh untuk negara. sebut saja nama roslin, ewe hock,hafis, chong wei, mereka ini memang serasi dengan sentuhan misbun. malah tiada nama lain yang pernah mengegar arena badminton dunia melainkan mereka yang pernah di bawah tunjuk ajar misbun. pegawai ctc yang bermasalah silakan angkat kaki....byeeeeee

Mat Mi

Lagi cepat AJK CTC BAM letak jawatan lagi bagus.Apakah sumbangan mereka kepada negara berbanding dengan Misbun ?

ariserine

Memang benar Dato Misbun perlu teruskan juga letak jawatan agar kuncu2 BAM yg suka main politik ini puas hati sebab mereka2 ini hanya pandai berkata2 sahaja. Dato Misbun perlu pulang balik ke Nusa Mahsuri dan buktikan Dato boleh buat tanpa kuncu2 BAM yang gila kuasa ni.

Abang Chob

Saya sependapat dengan Aziz Desa dlam Nasi Lemak Kopi O pagi tadi.
Kita jangan ranggi dan mudah lupakan jasa orang. Apalagi nama besar seperti Datuk Misbun.

Kenyataan terbuka begitu pasti megeruhkan keadaan. Apa pun Misbun perlu kekal. Perjalanan karier beliau telah membuktikan nasibnya ibarat lilin yg membakar diri. Nikmatnya dirasai oleh orang lain. Namun kesannya berbalik kepada negara juga. Jadi kenapa harus beliau pergi?

Abang Chob

mohd rasid md diwa

kesian Misbun yang telah lama berjasa terhadap negara tidak dipedulikan oleh orang yang baru nak berjasa kepada negara. jasamu dikenang.

zahar

kepada abdul hadi abdul kadir,sibuk pulak nak cakap banyak. buktikan dulu kemampuan diri tu,naikkan mutu badminton utk budak2 negeri sarawak dlm bidang badminton. bagus jugak kalau encik berhenti...merik malu org sarawak jak.

shukor

Mungkin Misbun nampak potensi anaknya akan lebih cemerlang dibawah asuhannya.Pandangan Misbun harus diberi perhatian kerana telah terbukti beliau telah dapat melahirkan antara jaguh dunia

Markno

Memang patutpun Tony Tan dan kuncu2nye letak jawatan,.bukan ada apa2 hasil pun,.Orang yg x mengenang budi,.betapa besarnya jasa Dato Sidek dan anak2nya kepada negara..

pak usu

saya fikir pegawai yang nak meletak jawatan tu baik hantar surat letak jawatan. mereka cuma pegawai ctc bukan nya melatih bintang badminton untuk julang pingat. kalau setakat memenuhi jadual mesyuarat kemudian bersetuju sebulat suara akan apa-apa yang telah disediakan oleh urusetia sebelum dibincangkan dalam mesyuarat, maka pegawai ctc nak letak jawatan tu silakanlah. misbun kalau nak letak jawatan kerana tak setuju dengan semua pihakpun apa salahnya. bukan misbun rugi tapi bam, nadzmi, chong wei dan sekutu bam. impian emas hanya impian. jika takdir menentukan malaysia boleh kutip pingat emas melalui chong wei badminton, apa salahnya misbun kekal atau keluar bam. dan pegawai ctc tu silalah berhenti. fikirlah. jangan sombong konon misbun tak patriotik. seingat saya kerana patriotiklah misbun sejak era mohicannya sehingga kini kekal melahirkan jaguh-jaguh untuk negara. sebut saja nama roslin, ewe hock,hafis, chong wei, mereka ini memang serasi dengan sentuhan misbun. malah tiada nama lain yang pernah mengegar arena badminton dunia melainkan mereka yang pernah di bawah tunjuk ajar misbun. pegawai ctc yang bermasalah silakan angkat kaki....byeeeeee

katana

kpd tony dan abdul kadir..cubalah fikir..salah ke klu datuk misbun nmpak anaknya sndiri ada potensi tuk berjaya??klu anaknya berjaya dlm arena antarabngsa pn nama malaysia jugak yg akan disanjung..salah ke?sedangkan paolo maldini pn..pertahanan trbaik italy pn dilatih sendiri oleh bapanya..mnjadi pertahanan terbaik..sama juga la kes seperti ini..jgn la trlalu brfikiran sempit dlm dunia sukan ini.. ranking pemain bukanlah mggambarkan segala-galanya..tetapi potensi pemain itu sendri perlu dilihat oleh jurulatihnya untuk digilap menjadi pemain bertaraf dunia..dan juga jurulatih yg membimbing mereka..tiada masalah rasanya klu nk cari setiausaha n ajk ctc ini..orang lain pn boleh jadi n layak..fikir2kn la..jgn igt semua orng kena ikut ckp org2 atasan je..sedangkan pegawai itu sendiri xfaham n xtahu tentang sukan badminton ini secara detail...

Faizal

Kepada pegawai yang mengugut ingin letak jawatan silakan berbuat demikian dengan KADAR segera. Jurulatih yang melatih pemain untuk bertarung dalam gelanggang, bukannya pegawai. Setakat untuk menguruskan persatuan ramai lagi orang lain yang boleh buat. Lantik sahaja bekas pemain kebangsaan untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut kerana mereka lebih tahu apa yang diperlukan oleh seorang jurulatih dan pemain.

mohd zamri zamri

apa masalahnya kalu anak misbun berlatih dgn bam..tgk kemampuan anak dia dulu, darah daging keturunan sidek jaguh badmiton..bagi peluang..kelaurga sidek sudah terbukti menaikan nama badmiton negara...angota ctc bukan sehabat misbun pun...letak jawatan pun x rugi....sokong misbun 100%.

Napier

Dipersilakan letak jawatan..kalau boleh cepat sikit supaya kes ni setel..sape2 boleh jadi exco..tapi x semua boleh jadi couch..

orang banting

saya suka baca perenggan terakhir..tp masalahnya yang lain itu bagus sgt ke????sedarlah diri dulu..kembali ke pangkal jalan...ingat yang misbun itu telah menjadikan chong wei from nothing to everything...jurulatih lain makan gaji buta ke apa...mana hasil kerja korang suma...haizzzz

Hafeez Abdullah

1. Syukurlah...kelihatan jalan penyelesaian pd kemelut ini, dimana BAM menerusi Dato Nazmi menunjukkan kematangan dlm pengurusan. Diharap ia akan segera selesai.
2. Kpd Dato Misbun...tuan memiliki cita-cita dan keingin tinggi utk membawa sukan badminton ke tahap yg lebih tinggi...pengorbanan telah banyak dicurahkan,dan mungkin sukar bagi org biasa utk memahami...Bersabarlah...Utk mencapai impian yg besar ini sokongan dpd banyak pihak tidak dapat tidak mesti didapatkan....BAM terutamanya. Walaupun mkn ada 'duri' dlm BAM....tempuhi dgn tabah...utk mencapai impian. Kembalilah ke pangkuan BAM...'you are our hero' juga tahniah diatas keberanian bersuara..
3. Kpd BAM...may be something worng with the training system,...pls look into it, allow some flexiblity...'Fast Track' for potential player to progress must be made available. (not only based on raniking). Thank you
4. Tahniah diatas "Win-win" attitude.

shah rizal mazuki

semua pihak perlu mengorbankan segala permasalahan untuk kepentingan negara...kalau untuk kebaikan ape salah rombak..tapi kalau penjalanan cantik tak perlu nak di ubahkan..kenapa perkara begini berlaku sedangkan pemain tak punya isu kejurulatihan pula bertelagah...semua nie kena bincang dengan player mana diaorang suka...

zul KL

Jika struktur baru kejurulatihan dan latihan ini telah dipersetujui oleh majoriti ahli dan juga jurulatih, teruskan je la. tidak perlu dirombak semula semata mata desakan daripada minoriti.sy yakin struktur ini adalah yang terbaik untuk negara, setelah menerima input daripada majoriti jurulatih dan juga ahli majlis. lain la kalau majoriti jurulatih tidak berpuas hati mestilah ada something wrong with this new structure.

rakyat malaysia

setiap ibu bapa ada impian utk mlakukan yg tbaik utk ank..jd x hairan datuk misbun pun ada perasaan yg sm..tp dia masi terikat dgn komitmen utk ngra, sekiranya ibu bapa lain mahu mdidik anak sendiri..mrka boleh mnolak anak mrka dr bam..tp datuk misbun xda pilihan sprti itu sebab dia sdr tgngjwbnya utk ngra..jd biarkan la dia mcapai objektifnya utk mlakukan yg terbaik utk anak dan negara..dia paham apa yg dia lakukan..( hanya pandangan peribadi )x myebelahi mana2 pihak.

farrah

saya hairan, kenapa misbun tidak boleh melatih anaknya sendiri?? bayangkan, bapa anda seorang guru yg mampu melatih seseorang itu menjadi yg terbaik di dunia, dan anda mau jadi diantara yg terbaik di dunia..siapa yg anda pilih utk melatih anda?? semestinya bapa anda kan!! simple! yg kita letak anak misbun tu dibawah org lain kenapa?? biarlah bapa dia sendiri melatih anaknya, bapa dia yakin anaknya tu boleh jadi juara dunia dalam masa 3 tahun, biarlah bapa dia buktikan. cuba BAM explain pada rakyat kenapa tak boleh??

rayyan

isu BAM sudah lme kita dgr lagi..macam2 isu dalama yg kadang2 xada tindakan pun.dulu isu penaung BAM,sekarang isu jurulatih.esok isu apa pun tak tahu..pada pendapat saya sudah tiba masanya bagi peluang kepada golongan muda untuk beraksi dipentas dunia..smpai bila kita nak mengharap kepada chong wei dan rakan2?kita pun mahu tgk muka2 baru dengan gaya yg baru..tak kisah lau ank misbun ker anak pak idris ker lau dye mampu memberi sumbangan apa salahnya..smpai bila pelapis muda nak dpt peluang?kne tunggu umo 27 bru dpt msuk skuad elit?time 2 otot smua dah lemau..isu ini pernah dibangkikan di akhbar sinar suatu masa dulu..so pikir2kn dan renung2kan..jika ahli2 BAM pkir untuk negara,tak ada isu dalaman persatuan..

shaheezam

kalau macam ni lepas ni semua pelajar yg mak bapak yg kerja kat university, MRSM atau sek sains pun boleh letak jawatan jugak lah pasal nak kena bagi kelebihan anak mereka masuk sekolah sekolah tersebut .....lepas tu menteri lak boleh masukan anak depa dalam kabinet kalau tak depa nak letak jawatan gak....hehehehh

adie

nak letak jawatan tu letak jer la..lg pn spe ko org?ape sumbangan ko org pd negara?setakat pegang jwtan dlm BAM jer dh tunjuk lagak..entah2 pegang reket pn xtau...

azman razak

kehilangan ajk lebih kepada hilang tukang gaji jer,kita boleh panggil agensi perkerjaan tukarkan tetapi kalau kehilangan jurulatih dan pemain yg memang berjasa dan dingin dok kerusi dah buktikan kejayaan kerana usaha dan bakat ibarat kita kehilangan isteri.maka saya ajk tue boleh blah lah.byk org lain yg memang teringin dok kerusi tue mungkin lebih teratur ia punya pengurusan dan lebih arif tentang sukan badminton.iaorg nie lebih bercakap dr berkerja,rakyat mahu kejayaan bukan sembang2 dikedai kopi tp member lain yg bayar duit kopi.rasanya lebih baiklah iaorg berhenti .geli telinga peminat tengok gelagat bos2 nie.

adi009

takpe.. pilih kasih untuk org lama..
sementara nyawa masih di badan...
esok lusa.. ko pun jadik org lama jugak...

Abang Chob

Sependapat dgn Aziz Desa dalam Nasi Lemak Kopi O pagi tadi. Kita jangan ranggi sgt...& mudah lupa jasa orang yg sememangnya sudah sinonim dgn badminton negara.

Saya bukan ahli sukan dan bukan peminat tegar badminton negara namun menyokong perkembangan sukan negara. Saya lebih kenal nama Misbun sidek dari nama2 mereka yg mengeluarkan kenyataan yg bunyinya seolah2 memperlekeh2kan credibility Misbun.

Abang Chob

khairy

nak letak jawatan...letak ler... tak rugi apa pun kat aku...

ahmad redue

antara anak dengan negara, mestilah anak lebih penting. misbun tahu ramdan boleh digilap seperti dato' LCW dengan kepakarannya.

sudah2 la tu BAM, kalo sistem tak bagus, tak perlu nak pertahankan lagi. misbun lebih dekat dengan pemain, jadi beliau lebih tahu. terima pandangan beliau

volvo8010

Jangan dilayan kalau sendiri yang nak berhenti.Kejayaan seseorang pemain bukan terletak ditangan jurulatih.Kalau pemain rajin,tidak kenal erti putus asa dan tekun,pasti pemain tersebut akan berjaya.

guru

hoi exco BAM........ misbun nk latih anak dia sbb dia nk suruh ank dia jd apa eK?? jd makin jahanam ke makin maju?? kalo anak dia makin maju n dapat ranking top 10 nnty, negara sapa gak yg dapat nama?? bukan utk malaysia ke?? cuba fikir, kalo misbun latih anak dia mcm chong wei, comfrm2 ank dia kena ikut.. sedng kan pelatih lain pun xleh ikut cara latihan misbun.. kalo anak sendiri boleh gak paksa2.... so xda alasan sbb pe misbun xnk amk pelatih lain sama, sbab pelatih lain tu LEMBIK x mcm chong wei...

tak susah

kalau misbun diperlukan dalam BAM ikut je apa yang dia nak.. kalau tak boleh ikut baik misbun letak jawatan dan latih sendiri anak dia dengan lebih fokus.. hanya bapak yg tahu kemampuan anak sendiri.. selama ni pun BAM tumpang kepakaran misbun.. sekarang kita lihat mana lagi hebat.. BAM atau misbun..

hidup misbun.. biar keluar BAM asalkan anak sendiri dibawah bimbingan anda..

jon

kalau dia org ni nk letak jawatan biar laa,yang penting jurulatih n pemain..kalau pemain x serasi dgn jurulatih pakai mana2 jurulatih pun x guna..kita x leh menghalang perancangan dia yg sebelum ni mendatang kan hasil pada kita.yamg penting dia mampu buat n mampu mendatang kan keuntungan pada BAM.

Shukri Abd.Rahman

Kalau betulalh itu tuntutan Misbun, yang mahu anaknya (Misbun Ramdan) disenaraikan dalam skuad elit di bawah kendaliannya, tak boleh diterima melainkan anaknya memang layak, tidak boleh diterima. Kami harap Misbun fikirlah semasak2nya demi untuk kepentingan sukan dan negara.

daus

pilih aje la dgn adil..cthnye menerusi perlawanan ke..lau layak time aje la

Musa Kasim

mahukan anaknya disenaraikan dalam skuad elit bukanlah punca utama. Keceluparan anggota CTC yang mengeruhkan keadaan. tidak bolehkah berdiplomasi dalam mengendalikan perkara ini. Janganlah pandai berkata sahaja tentang kepentingan negara sedangkan kita tahu sikap Misbun pada negara yang telah lama berkecimpung dlm arena badminton.

Ahmad Bin Hamid

Kalau Misbun Ramdan betul-betul layak dan ada ciri -ciri untuk menjadi seorang pemain yang hebat tidak salah kalau dia di serap ke dalam BAM

kong

hidupkan kembali Nusa Mahsuri

zemie

elokla pegawai-pegawai yang mengamcam meletak jawatan itu, meletak jawatan demi kebaikan sukan badminton kerana yang melatih pemain adalah jurulatih bukan pegawai-pegawai yang mengamcam meletak jawatan tu.

Ahmad Bin Hamid

Kalau Misbun Ramdan betul-betul layak dan ada ciri -ciri untuk menjadi seorang pemain yang hebat tidak salah kalau dia di serap ke dalam BAM

zam

Misbun telah melahirkan ramai jagoan dunia, Kepada jurulatih persatuan, buktikan kemampuan anda...

ham

Dalam hal ni apa yg saya nmpak seolah olah bam mcam byak ejen trtentu ada baik baam jd boneka sj la

PaKCU

masing -masing mahu berkeras.. beberapa persoalan dan jawapan timbul akibat dari isu ini. pertama ; mengapa perubahan corak kejurulatihan melibatkan jurulatih dan pemain yang ada matlamat jelas iaitu Dato Misbun dan Dato Lee yang jelas mahu mendapatkan emas olimpik 2012? sedangkan merak telah banyak berjaya dikejohanan sebelum ini..BAM sepatutnya membuat perubahan kepada jurulatih dan pemain lain,kerana terbukti jurulatih dan pemain lain itu perlukan perubahan atau ditingkatkan prestasinya.

kedua: jika ada segelintir pegawai BAM ingin meletakkan jawatan,silakan lah letak cepat kerana terbukti anda gagal.dan tiada apa -apa yang boleh anda banggakan semasa anda memegang jawatan itu.tidak susah mencari orang yang hanya pandai membuat dasar.sebaliknya amat susah untuk orang pandai buat kerja dan terbukti berjaya.

ketiga: terbukti dalam sejarah badminton negara latihan ayah kepada anak amat berjaya kerana mereka mempunyai kuasa penuh ke atas pemain itu. saya yakin anak amat patuh kepada arahan ayah dan ayah akan mendidik sehabis upaya dan penuh ikhlas. Tidak salah jika anak itu memang berbakat. lahirnya legenda sidek kerana latihan seorang ayah. ramai pemain handalan dunia dimulakan oleh seorang ayah. kepada exco BAM yang ingin meletak jawatan..silalah letak cepat..kerana anda GAGAL.

Badminton

Siapa si Tony Tan ini. Dato Misbun lagenda badminton Malayasia dan dunia.

kandar selamat

Tolak ansur adalah terbaik! Buang sifat ego, wujudkan situasi menang-menang!Nak letak anak Datuk Misbun bawah bapanya sendiri tak ada masalah! Ingat tak Allahyarham Datuk Sidek membina juara, belum ada jaguh badminton sedemikian dilahirkan selain daripada keluarga itu! Ingatkan 'track record' jangan mudah lupa!!!

apa-apa saja

tak pernah kenal mereka ini. letaklah jawatan beramai-ramai ikut suka kamu orang semua. sesiapa yang nak latih anak sendiri latihlah sampai berjaya. itu pun nak seluruh dunia tau juga ka? kalau tak boleh latih anak sendiri tak ada rasa kasih yang wujud. jadi apa juga guna bapa dia jadi guru kalau anak sendiri tak boleh kita ajar dalam kelas sendiri. semua nama2 yang bertelagah ini saya nak dengar nama2 besar yang akan kamu lahirkan. jangan heboh saja lebih. saya nak tengok semua yang bertelagah ini menghasilkan pemain ranking dunia dari malaysia dari no.1 sampai no.14 milik malaysia. siapa tak mampu jangan duduk dalam jawatan tu lagi. itu KPI saya nak bagi kepada setiap mereka ini.

narong

Orang yang pandai dan banyak bercakap lebih mudah dari orang yang berkerja.

Andrew Talud

Anggota CTC pula tercabar, saya percaya klu pun mereka melatak jawatan gara2 memenuhi tuntutan Datuk Misbun, tdk sukar mencari penganti, tpi klu Misbun tdk kembali pada BAM, pasti sukar mencari penganti...biarkan mereka letak jawatan beramai ramai klu itu keputusan mereka..apa pun saya tetap sokong Datuk Misbun atas dasar keupayaannya melahirkan jagoan...tq

tongkat

Saya berpendapat pegawai BAM bergitu utamakan kedudukan mereka lebih dari padangan orang ramai dan Jurulatih Hj.misbun sendiri,mereka lupa siapalah mereka tanpa kehadiran keluarga sidek dalam arena badminton negara sebelum ini.saya rasa kalau kita yang mengutamakan negara sepatutnya sikap win win dalam satusatu tuntutan haruslah diutamakan jangan hanya jangan beranggapan pegawai BAM saja yang telah bersusah payah mengatur peraturan untuk menaikkan BAM seolaholah jurulatih dan orang awam tidak penting.

Unknown

Memang patut rombak pun, tengok macam skuad bola sepak, semua pemain muda baru boleh jadi juara...

lalala

letak jerla jawatan bukan yer ptg pun...kalu de melahir kan jaguh sukan antarabangsa boleh la....setakat jaguh kampung ....tak perlu ler...

hassim

Saya rasa Dato Seri telah membuat kesilapan dalam membuat keputusan.... Tugas jurulatih bukan nya barang yang boleh ditawar menawar...

Juki John

Saya ingin melihat anggota CTC meletak jawatan dan bagi peluang kepada orang lain yang mahu menghasilkan pemain bertaraf antara bangsa.Perkara yang lebih baik ialah Exco BAM yang pandai cakap itu lebih baik tak terlibat dalam BAM atau persatuan badminton.Mereka ini adalah dalang disebalik perletakan misbun.

zai

Datuk Misbun, tinggalkan sajalah BAM. Rasanya sudah sampai masa Datuk mengundurkan diri. lagipun lebih baik Datuk pergi ketika Lee Chong Wei berada dipuncak. Datuk tidak bersalah apa-apa andai badminton negara kita terus merudum dan Datuk akan berasa bangga andai sepeninggalan Datuk BAM berjaya menaikkan martabat badminton ke persada dunia. Terus sokong Datuk.

Tok Ki

Tak profesional langsug. Nak letak-letak le sape yg suruh pegang jawatan kalau bukan ata kehendak sendiri.

nzian mhn

kmi rkyt m'sia tk kisah pn jika ahli ctc nk letak jwtn, jika ketua bam nk letak jwtn pn kmi tk kisah. Yg plg pntg dlm badminton adalah jurulatih n ahli sukan itu sndri. Mereka yg hrs d utamkn.. En. Abd hadi, jika ada pemain nk dlatih ayah mereka just go ahead, ada masalah ke?tp ayah mereka 2 jurulatih ke?

mat cikaro

saya setuju dengan perletakan jawatan ahli jawatankuasa tersebut... sepatutnya program latihan dilakukan atau disusun oleh jurulatih yang tahu serta faham tentang permainan badminton ini.... inilah padahnya bila program latihan yang dibuat oleh orang yang tak tahu atau tak pernah main badminton.... siapa tony tan dan abdul hadi.... mereka ini pernah jadi juara di pertandingan badminton setaraf mana... sudah... letak aje jawatan kalau anda rasa anda ini hanya menjadi kapet di bas pemain... dalam bas pemain... mana yang penting... sudah tentulah pemain... BAM ni pun setaraf bas sahaja.... so fikir-fikirkan lah... dan saya mencadangkan kepada pihak persatuan... kalau nak pilih AJK atau EXCo dalam persatuan sukan... pilihlah orang yang betul.... dalam BAM...pilihlah orang yang tahu atau biasa bermain badminton...jangan pilih orang yang tak tahu main.... itu yang jadinya...saya cadangkan dato kurangkan AJK dalam persatuan ini...membazirkan duit rakyat aje... depa ni bukan ada apa makna pun... buat penuhkan bas aje...pilih AJK yang betulx penting...

mia_pekasam

amboi pakat main letak2 la pulak....dah banyak ke jasa jurulatih lain berbanding d.misbun?

BUBAR JER.

Biar Tony Tan tu letak jawatan dalam CTC.... asal badminton tak terkubur.... orang macam ni ler yang menghancurkan sukan negara.

azrah ketereh

umumnya BAM telah buka pintu kpd misbun untuk berunding 'menang-menang'. tidak perlu risau jika terdapat serpihan. pemimpin yang besar pun tidak dapat sokongan sepenuhnya. Pertentangan nilai tetap berlaku. aspirasi negara tetap penting.

mohd rani

tak payah letak jawatan BAM pun dah nak pupus

Payids

Biarlah exco yang lain letak jawatan sbb peranan mereka lebih tertumpu kepada aspek pengurusan dan pembangunan di mana pada pendapat saya perkara ini boleh dilakukan oleh individu lain yang lebih cekap. Tapi untuk membiarkan seorang jurulatih yang telah menggilap permata negara secara konsisten untuk pergi pada hemat saya ia satu kerugian.

Dt srk dr km sabah

jurulati misti berpikiran jahu apa pula sala kalau abu bapa mawu melati anak merika kalau ada kemempuan seperti mesbun, mesbun ada bukti melati dia melati Afpis pun jadi juara jg, scm pula Afis skg ni siapa pula melati tah perna juara2 lg jg semburu sama kebolian mesbun. bagi lah peluang melati anak dia sendiri sebaik org melati lebibaik sendiri fikir2 lah jurulati jurulati malaysia jng hugut letak jawatan akur lah kebolian sendiri untuk kibaikan badminton negara.

Yangretibase

Pergi jahanam semua yang tak ikhlas bekerja. Kalau kepentingan diri diutamakan, memang lebih baik letak jawatan. Misbun boleh blah. Chong Wei boleh blah. Bandminton hanya satu 'permainan dunia' yang boleh mencelakakan akhirat orang Islam.

penyokong keluarga sidek

pada pandangan saya datok misbun tiada apa yg nak dibuktikan apa yg beliau mahu utk menaikan martabat badminton malaysia kerana kesemua anak didik beliau rata2 berjaya dan menonkol. kepada exco BAM yg mengugut utk letakkan jawatan ANDA yg PERLU kasi bukti apa yg anda dah lakukan utk MENAIKKAN MARTABAT badminton negara sebelum anda BOLEH bercakap apa2 pasal tuntutan DATOK MISBUN.... INGAT rata2 pemain muda yg datok misbun nampak boleh naik berjaya dan bukan semua menjadi pilihan beliau. BAM harus memberi 1 peluang kepada datok misbun utk membuktikan bahawa apa yg beliau katakan berkenaan anaknya itu benar2 menjadi kenyataan atau tidak. apa pandangan saya itu bukan bersifat antara bapa dgn anak tapi antara pemain dengan jurulatih lagipun jika kelonggaran diberi ini akan memudahkan datok misbun memilih sendiri mana pemain muda yg beliau rasakan boleh naik dan terima latihan yg akan beliau sendiri beri dan jika berjaya bukankah kita akan dapat menghasilkan lebih byk lg klon2 kepada dato' lee chong wei secara tak langsung menguntungkan negara.

unus jiko

di mana semangat iMalaysia misbun ni.BAM kena fikir apa yang dah dirancang sebelum ni,bukan kepentingan individu.

sri siantan

Datuk Misbun buktikan anak anda benar-benar berkemampuan dan layak. Tak perlu berlatih bawah BAM. Tapi bila dah terbukti nanti biar BAM yang minta simpati dan mengaku itulah etlit negara kelahiran BAM. Jangan jadi seperti penungang motor solo mengelilingi dunia, masa minta tajaan tak ada orang yang nak beri tapi bila dah berjaya baru orang nak sambut. Biarkan luncai dengan labu-labunya

Apple

knp prlu rumitkan keadaan??? mngpa prlu dibandingkn dgn jurulatih lain sedangkn sumbangn Datuk Misbun kpd ngra dah ckup bnyk...jurulatih lain?????xda bha....

MYG

Salam sejahtera, Kemelut BAM tidak akan berakhir, cuma saya cadangkan agar Dato Misbun teruskan perletakan jawatan agar nama baik Dato tidak disebut-sebut lagi dalam permasalahan BAM. Tengok semua Exco dah buat kenyataan. Tidak ada tolak ansur, tentulah akan jadi macam ini. Bagamana sukan nak maju. Fikir-fikirlah.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Liverpool hilang aura

Posted: 13 Jan 2011 10:48 AM PST

Sukan

BLACKPOOL: Wajah Kenny Dalglish ketika ini menceritakan betapa perit rasanya memikirkan Liverpool hanya empat mata di atas zon penyingkiran selepas tewas kepada Blackpool 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi semalam.

"Ia sudah pasti satu cabaran besar dan amat jarang sekali anda memikul sesuatu tugas tanpa sebarang cabaran. Pastinya, petunjuk menggalakkan ialah komitmen dan sikap yang ditunjukkan pemain," katanya.

Ia adalah perlawanan liga pertama Liverpool di bawah kendalian pengurus berbangsa Scotland itu dan dia akur berdepan beberapa "cabaran besar" selepas keaiban di Bloomfield Road. "Tentunya kami kecewa apabila menamatkan perlawanan itu tanpa sebarang mata," kata Dalglish selepas menyaksikan Liverpool jauh ke tangga ke-13 carta Liga Perdana Inggeris, hanya empat mata di atas zon penyingkiran.

"Fernando melakukan penyudah begitu baik dan gol pertama lawan terhasil daripada kesilapan hantaran yang mengelirukan Daniel Agger dan mereka memanfaatkannya dengan baik. Kami gagal menghasilkan gol kedua, maka terdapat beberapa yang kami perlu selesaikan.

Gol oleh Gary Taylor-Fletcher dan DJ Campbell membantu Blackpool mencipta kemenangan berganda kali pertama ke atas Liverpool sejak 1947. Gol tunggal Liverpool disumbang Fernando Torres. - Agensi


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan