Berita Harian: Sukan

sumber :-

Berita Harian: Sukan


Misi 33 kian mustahil

Posted: 17 Sep 2011 03:02 PM PDT

Sukan

KAPTEN  Selangor, Amri Yahyah (kanan) nyata hampa  selepas ditewaskan T-Team 2-1 dalam saingan di Stadium Shah Alam, malam tadi.

KAPTEN Selangor, Amri Yahyah (kanan) nyata hampa selepas ditewaskan T-Team 2-1 dalam saingan di Stadium Shah Alam, malam tadi.

PEREBUTAN tempat dalam tiga kumpulan untuk ke peringkat suku akhir saingan Piala Malaysia semakin hangat selepas berakhir perlawanan keempat malam tadi yang menyaksikan juara 32 kali Selangor semakin tercicir apabila tewas kepada T-Team di gelanggang sendiri.

Juara 2009 Negeri Sembilan turut disentak PKNS apabila tewas di gelanggang sendiri manakala barisan 10 pemain Perak yang kehilangan lima pemain kerana penggantungan, mempamer semangat juang tinggi untuk mencatat kemenangan dan mengambil alih kedudukan teratas Kumpulan A.

Di Stadium Perak, anak buah Norizan Bakar yang melayani kunjungan Sabah menang 2-1 walaupun terpaksa bertahan selepas Fazrul Hazli Kadri yang membuka jaringan pada minit keempat, dibuang padang pada minit ke-62. Sabah menyamakan kedudukan pada minit ketujuh menerusi Shahrul Azhar Ture tetapi Failee Ghazali memastikan tiga mata milik tuan rumah apabila menyempurnakan penalti sejurus sebelum rehat.

Di Stadium Darulaman, Baddrol Bakhtiar menyelamatkan Kedah menerusi sepakan penalti pada minit terakhir permainan untuk mengikat Johor 3-3, walaupun Kedah bermula baik dengan mendahului saingan menerusi tandukan Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-28.

Arus permainan berubah apabila pertahanan Kedah, V Thirumurugan dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-50 untuk membolehkan Johor mencipta dua gol pantas menerusi Mohd Noraslan Makhtar (m-67) dan gol sendiri kapten Kedah, Fauzi Nan (m-69).

Khyril mengikat kedudukan (m-71) tetapi pelawat kembali di depan seminit kemudian menerusi tandukan Ashadi Mohd Yusoff sebelum Baddrol menyempurnakan sepakan penalti di hujung permainan.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu kembali mengutip tiga mata dalam saingan Kumpulan B selepas menang tipis 1-0 ke atas Sime Darby hasil jaringan tunggal Ashaari Samsudin pada minit ke-34.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan dikejutkan juara Liga Perdana, PKNS 2-0 di laman sendiri dengan aksi garang anak buah Abdul Rahman Ibrahim menerusi gol Fauzan Zulkifli (m-48) dan Norhisham Hassan (m-58), sekali gus menghidupkan peluang pasukan berstatus kelab itu untuk merebut tiket ke suku akhir.

Di Stadium Shah Alam, 'Misi 33' yang dicanang Selangor tampak semakin mustahil apabila tewas 1-2 kepada T-Team - kali keempat berturut-turut musim ini, sekali gus menyempitkan laluan skuad bimbingan K Devan yang wajib menang dalam baki dua perlawanan terakhir Kumpulan D.

Kapten Selangor, Amri Yahyah menamatkan kemarau jaringan peribadinya dengan rembatan yang menewaskan penjaga gol T-Team, Zaire Hafiezi Ideris pada minit ke-14 tetapi kelekaan pada 10 minit terakhir menyaksikan T-Team meledak dua gol menerusi tandukan Nor Farhan Mohammad (m-81) dan sepakan percuma Zairo Anuar Zalani (m-87) yang menewaskan G Jeevananthan.

Di Stadium Selayang, hasrat Kuala Lumpur untuk mengutip mata penuh tidak kesampaian apabila terikat 0-0 dengan Polis walaupun menguasai keseluruhan babak permainan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

zulina

jang oo jang apo kono kalah kek tompek sendiri

faqesh

saye minat bola kerana saye mahu pergi ke perlis

peteh tganung peteh,,,,biar spai reboh tungging nyor...

sizuka

selangor memerlukan pemain2 muda yang berkualiti..penyerang selangor tidak lagi hebat seperti dulu....pemain tengah ketandusan idea, pemain pertahanan selalu leka, gol keeper tidak menunjukkan prestasi yang terbaik...jurulatih tidak mempunyai idea taktikal yang menarik.... saya tidak nampak selangor sebuah pasukan yang kuat untuk musim ini..apa pun saya masih sayang dan menyokong pasukan selangor..selamat berjuang

masdiq

terbaik perak...kejor yop kejor....lama dh tak menang piala malaysia nie...pastikan tahun nie kita juara...

Rizalman Johar

lupakanlah ...Selangor...

ri

haha..apa sudah jd sama red giant...jangan semabang mau berlagak la selangor...suma sombong!!!


Mancini hormati Fulham

Posted: 17 Sep 2011 02:54 PM PDT

Sukan

MANCHESTER: Roberto Mancini menganggap kunjungan ke Fulham malam ini bakal menjadi ujian terbaik terhadap kemampuan skuad bimbingannya, Manchester City untuk bergelar pencabar utama pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara musim ini.

City yang mengikat Napoli 1-1 pada aksi sulung Liga Juara-Juara awal pagi Khamis lalu, berpeluang merampas tangga teratas EPL malam ini andai jiran mereka, Manchester United tewas kepada Chelsea.

"Sama seperti pasukan lain yang beraksi dalam EPL dan Liga Juara- Juara, kami memerlukan tempoh pemulihan di antara satu perlawanan ke perlawanan berikutnya. Penting untuk pemain pulih dengan baik. "Memang sesuatu yang sukar dan saya juga tidak rasa yang kami akan sentiasa mencipta kemenangan. Tapi kami sentiasa cuba untuk menang. Jadi pertemuan dengan Fulham ini saya anggap cukup sukar kerana mereka handal di laman sendiri," kata Mancini.

City menghasilkan 15 gol sepanjang empat perlawanan awal Liga Perdana Inggeris musim ini tetapi Mancini percaya pasukannya itu mampu menjadi lebih prolifik untuk bersaing dengan United yang meledak 18 gol.

Namun Mancini yang melihat anak buahnya beraksi mantap ketika menumbangkan Fulham 4-1 di Craven Cottage musim lalu, tetap berasakan pemainnya tidak kecewa apabila masih dibayangi United yang terus berada di tangga teratas liga ketika ini.

"United sebuah pasukan handalan dan mereka sekian lama sering bergelar juara.
Mereka memiliki pemain hebat. Apabila bertemu Arsenal, mereka terus cuba menjaringkan gol biarpun sedang mendahului tiga gol. Kami perlukan mentaliti seperti itu," jelas Mancini. - AFP


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan