Kosmo Online - Sukan

sumber :-

Kosmo Online - Sukan


Malaysia janji pukau Jepun

Posted:

Malaysia janji pukau Jepun

Malaysia janji pukau Jepun

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

MEREKA beraksi di posisi berbeza - seorang bertanggungjawab menjaga gawang, manakala seorang lagi mempunyai misi merobek gawang lawan.

Menyedari tanggungjawab yang dipikul cukup besar, kedua-dua tonggak skuad Olimpik, Mohd. Khairul Fahmi Che Mat dan A. Thamil Arasu menjanjikan persembahan terbaik menjelang pertemuan menentang Jepun pada aksi pembukaan Kumpulan C, pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Tosu, Fukuoka, Rabu ini.

Bagi Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek, dia berikrar untuk menjaga gawangnya daripada dibolosi dengan mudah, tambahan pula Jepun sememangnya berada di kelas yang berbeza serta memiliki ramai pemain muda yang berkaliber.

Menurutnya, dia juga tidak kisah sekiranya tidak menggalas cabaran selaku kapten semasa pertemuan itu, asalkan berjaya membantu negara untuk mencatatkan keputusan memberangsangkan di Tosu.

"Jika jurulatih (Ong Kim Swee) tidak menjadikan saya sebagai kapten tidak mengapa kerana misi utama saya adalah untuk menghalang jentera serangan Jepun bermaharajalela di gelanggang sendiri.

"Dalam permainan bola sepak macam-macam boleh berlaku, justeru kami berikrar untuk memberikan mesej yang cukup jelas kepada Jepun betapa Malaysia kini bukan lagi pasukan yang mudah dikalahkan," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Skuad Olimpik negara yang berlepas ke negara Matahari Terbit Jumaat lalu kini dikhabarkan sedang berehat serta mencari ilham terbaik di bandar pelabuhan Kokura, kepulauan Kyushu selama tiga hari sebelum bertandang ke Tosu esok.

Selain bintang muda Arsenal, Ryo Miyaichi, skuad Samurai Biru juga dikhabarkan masih mengharapkan sentuhan pemain-pemain lama seperti Kensuke Nagai, Hotaru Yamaguchi, Kazuya Yamamura, Daisuke Suzuki, Yusuke Higa, Takuya Masuda dan Shunsuke Ando yang cemerlang membantu Jepun mendapatkan pingat emas Sukan Asia pada tahun lalu.


KIM SWEE (kanan) dalam persiapan terakhir memperkemas skuad Olimpik sebelum pertemuan menentang Jepun di Stadium Tosu, Fukuoka Rabu ini.


Selain Jepun, turut diundi bersama skuad Olimpik negara dalam Kumpulan C ialah jaguh Asia Tengah, Bahrain dan Syria.

Dalam pada itu, Thamil turut berjanji akan berusaha sedaya upaya mengatasi benteng pertahanan Samurai Biru dalam aksi pembuka tirai kumpulan itu nanti.

"Saya berazam untuk menjaringkan gol awal bagi menyerap tekanan Jepun yang pastinya begitu garang ketika beraksi di depan ribuan penyokong sendiri.

"Apa yang pasti, kesemua pemain kini begitu bersemangat setelah mempelajari sesuatu ketika tewas 1-0 kepada Oman dalam aksi persahabatan sebelum ini," katanya yang dijangka digandingkan bersama Izzaq Faris Ramlan oleh Kim Swee di bahagian serangan.

Fokus Safee tidak terjejas

Posted:

Fokus Safee tidak terjejas

Fokus Safee tidak terjejas

PENYERANG sensasi Harimau Malaya, Safee Sali (gambar) sudah tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

Sebaik tiba di England awal minggu lalu, Safee sudah mula menambat tumpuan pihak pengurusan Cardiff City ketika menjalani sesi latihan bersama kelab tersebut.

Kecemerlangan Safee sepanjang mengikuti sesi latihan itu pastinya 'menutup mulut' laporan negatif segelintir media tempatan di Britain yang sebelum ini mempertikai isu permit kerja yang dikatakan menyukarkan Safee untuk beraksi di sana.

Bagi pengurus peribadi Safee, Zakaria Ab. Rahim, beliau menganggap isu tersebut seharusnya dijadikan pembakar semangat buat penyerang berbisa negara itu untuk memikat pengendali skuad The Bluebirds, Malky Mackay.

"Saya harap Safee terus fokus dengan latihan, selain mengelakkan dari sebarang hubungan atau aktiviti-aktiviti yang menganggu tumpuannya kerana ini misi terpenting dalam kariernya sebagai pemain bola sepak.

"Kecederaan otot yang menghantui Safee sebelum ini juga semakin pulih, dan Safee kini berehat selama dua hari sebelum kembali menjalani latihan Ahad ini (semalam)," katanya menerusi laman rasmi Facebook milik Safee semalam.

Terdahulu, segelintir pihak media di Britain mempertikai keputusan Cardiff menguji Safee yang didakwa tidak mampu menyelesaikan masalah di bahagian serangan The Bluebirds bagi jangka masa pendek.

Ia ekoran penyerang berusia 27 tahun itu dilaporkan perlu beraksi dalam kancah Liga Eropah terlebih dahulu sebagai sebahagian daripada syarat mendapatkan permit kerja.

Masalah permit kerja itu bagaimanapun bukan satu masalah besar memandangkan Cardiff hanya beraksi pada saingan Liga Kejuaraan England, dan syarat mendapatkan permit kerja difahamkan lebih longgar dikenakan terhadap pemain berbanding beraksi bersama kelab dalam Liga Perdana England.

Jika syarat itu benar, usaha Safee untuk menyarung jersi Cardiff jelas tidak sesukar usaha sebuah lagi kelab, Queens Park Rangers (QPR) yang dilaporkan turut berminat mendapatkan khidmat Safee.

Safee dijadualkan menjalani sesi pemilihan bersama Cardiff selama dua minggu sehingga 27 September depan setelah mendapat 'lampu hijau' daripada majikannya, Pelita Jaya.

Bekas penyerang Selangor itu dikhabarkan telah berehat selama dua hari sebelum kembali menjalani latihan semalam setelah tidak mengikuti kunjungan Cardiff ke Newport, utara England bagi menentang Blackpool bagi aksi ketujuh Liga Kejuaraan England yang berkesudahan seri 1-1.

Kejohanan AFF: Malaysia capai sasaran mara ke separuh akhir

Posted:

Kejohanan AFF: Malaysia capai sasaran mara ke separuh akhir

Kejohanan AFF: Malaysia capai sasaran mara ke separuh akhir

SKUAD negara, Harimau Muda B berjaya mencapai sasaran apabila melangkah ke separuh akhir Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Bawah 19 Tahun di Yangon, Myanmar.

Malaysia menempah tiket ke separuh akhir setelah muncul naib juara Kumpulan A dengan membelasah Filipina 6-0 pada perlawanan akhir peringkat kumpulan di Pusat Latihan Remaja, Yangon kelmarin.

Pada aksi separuh akhir hari ini, skuad negara kendalian Ismail Ibrahim akan menentang Vietnam, manakala Thailand dijadualkan bertemu Myanmar.

Ismail berkata, beliau berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya apabila menepati sasaran ke peringkat separuh akhir pada kejohanan kali ini.

"Para pemain sudah belajar daripada kesilapan ketika kalah kepada Thailand dalam perlawanan kumpulan dan kini lebih berazam untuk meningkatkan prestasi menentang Vietnam pada saingan separuh akhir," kata Ismail.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan