Harian Metro: Arena |
Posted: 01 Oct 2011 09:32 AM PDT LONDON: Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas mahu anak buahnya melupakan kekecewaan di Valencia, Rabu lalu dan mengekalkan tekanan ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan ke atas Bolton. Skuad Blues keletihan selepas pulang dari Sepanyol akibat perjalanan yang sukar dan kecewa apabila bolos di saat akhir untuk pulang dengan hanya satu mata pada perlawanan yang dianggap paling mencabar di peringkat kumpulan.
Villas-Boas kehilangan khidmat Fernando Torres yang digantung tiga perlawanan selepas dibuang padang ketika menewaskan Swansea hujung minggu lalu tetapi dengan kesediaan Didier Drogba untuk kembali beraksi dan Daniel Sturridge pula cuba menarik perhatian selepas bergelar pemain pinjaman lima bulan lalu, Chelsea kelihatan cukup yakin.
"Dia bagaimanapun kini mempamerkan persembahan terbaik dan sedia untuk dipilih. Kami perlu memutuskan apa yang kami ingini mengikut strategi tetapi semua pemain bersemangat," katanya.
Villas-Boas bagaimanapun menegaskan, apapun keputusan dicapai dua kelab Manchester itu, persediaan pasukannya tetap sama.
|
Posted: 01 Oct 2011 09:28 AM PDT AUCKLAND: Tindakan Chris Ashton melayangkan badan di penjuru padang tiga minit sebelum permainan berakhir, mengesahkan tempat skuad ragbi England layak ke suku akhir Piala Dunia dengan kemenangan 16-12 ke atas Scotland. Scotland beraksi dengan baik sepanjang perlawanan dan mendahului perlawanan hingga minit ke-78 apabila Ashton bijak mengambil kesempatan lambungan jauh yang dilakukan rakan sepasukan untuk menyempurnakan try tunggal perlawanan.
Pertembungan antara England dan Scotland adalah yang tertua dalam saingan ragbi antarabangsa dan kerap menghasilkan pertemuan yang menghiburkan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan